Skip to main content

tanggungjawab

Bercerita tentang tanggungjawab, umumnya ramai yang memahami. Cuma, melaksanakannya atau tidak bererti menjadi seorang yang bertanggungjawab atau tidak. Masa semakin pantas kehadapan, kehidupan sekeliling juga semakin baik dari segi keselesaan dan keperluan. Tetapi, tingkahlaku dan budi bahasa semakin payah untuk dicari di dalam kemajuan teknologi yang semakin membangun ini.

Saya sering berfikir, macam mana hendak mendidik seseorang bertanggungjawab ? selain daripada jawatan yang berlambak juga memahami amanah yang diberikan, kita terlupa doa ibu bapa juga memainkan peranan. Bagi saya, setiap apa yang ibu bapa tuturkan adalah doa.

Anda pernah mendengar ini , " Mak berdoa biarlah awak dapat pasangan yang bertanggungjawab. Jaga makan minum awak, pakaian dan keluarga awak." selalu kan dan itu adalah doa yang sering dan amat kita harapkan dan juga itulah impian setiap insan mendapat ahli keluarga yang bertanggung jawab.

Apa kata , kalau anda baca yang ini pula , " Mak berdoa agar awak menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada pasangan , keluarga juga agama awak. ". Apa pula pandangan tuan puan?

Apa yang saya ceritakan di sini ialah, dalam mendidik seseorang untuk menjadi bertanggungjawab, DOA turut memainkan peranan dan peranannya sangat besar. Justeru, doa yang dituturkan juga perlu lah disusun dengan baik. Juga , janganlah berharap kepada ORANG LAIN supaya mereka berTANGGUNGJAWAB. tetapi, diri sendiri perlu bartanggungjawab.
Jangan disalahkan doa yang telah diucapkan, dan seharusnya banyakkan lagi berdoa dan berusaha membaiki diri.

Menjadi seorang yang bertanggungjawab adalah orang yang dihormati, disayangi juga diingati. Tetapi fahami istilah tanggungjawab bersesuaian dengan tempat, masa dan keadaan.

Doa saya , " Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang bertanggungjawab kepada ahli keluarga ku, agama ku juga negara ku. Dan bantulah hamba Mu ini dalam menunaikan dan menjalakan setiap amanah yang diberikan".

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …