Tuesday, May 18, 2010

Terlupa Doa itu perlu

Bulan Jun ini, banyak perkara yang meresahkan saya. Semuanya berkaitan kerjaya dan keluarga saya juga. Tapi, saya terlupa untuk berdoa. Doa itu senjata orang mukmin. Doa itu kekuatan. Doa itu tanda kita sentiasa ingat dan kasih pada Tuhan. Saya tak nak jadi orang yang lupa diri apatah lagi lupa pada kekasih hati. Maka, saya sering mengingatkan diri saya agar sentiasa berdoa dan berhati-hati menuturkan doa.

Selain doa, niat juga perlu sentiasa dibetulkan. Kadangkala, doa nya sungguh bermakna, tetapi niatnya pada perkara yang lain pula. Itulah yang sedang saya usahakan, sentiasa berniat yang membawa kepada keberkatan juga diiringi usaha dan doa.

Saya luahkan pada mak saya, tentang kerisauan saya berkaitan kerjaya saya. Risaunya tak terkata. Perlu usaha lagi, ada lagi yang belum saya buat. Mak saya bertanya, sudut mana lagi yang belum diusahakan, semuanya dah dibuat, cuma tunggu respon sahaja. Ada satu mak, yang Sarah tertinggal iaitu Doa. Ya, saya kekurangan berdoa semenjak dua ini, kerana terlalu sibuk menyiapkan tugasan dan juga sibuk menjaga perasaan orang lain. Perasaan sendiri diabaikan.
Apa pun, teruskan berdoa, Dia pasti mendengar dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang meminta penuh keikhlasan.

P.s: Untuk teman -teman yang melangsungkan perkahwinan bulan Jun ini, semoga kehidupan rumah tangga kalian diberkati hingga akhir hayat, disinari cahaya keimanan, dilimpahi kasih sayang Tuhan. Juga, keluarga kalian, dimurahkan rezeki juga diberkati dunia dan akhirat. Doa ini juga ku tujukan kepada semua yang sudah berumah tangga. Senyum Selalu.

No comments: