Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Travelog Cinta Abadi

Saya baru sahaja melihatnya seminggu lepas...sewaktu memilih buku untuk dihadiahkan pada teman rapat. Sempat saya menyelaknya dan hati terus terpaut untuk menghayatinya. Tetapi, tiada kesempatan untuk mendapatkannya pada waktu itu. Saya pendamkan dulu niat, dan dahulukan yang lebih utama.
Semalam, duit di tangan mencukupi untuk saya memperolehinya. Terus sahaja ke kedai buku dan membelinya dengan hati yang gembira. Dari kulit luar juga tajuknya sekilas pandang kali pertama, pasti penuh dengan coretan cinta remaja...tetapi, sewaktu menyelaknya seminggu yang lalu, saya yakin, coretan cinta untuk yang Maha Esa.
Pulang ke rumah, hari sudah sore, sementara menanti makcik saya, untuk temujanji minum petang, sempat saya membaca beberapa episod cerita buku ini. Oh! saya jatuh cinta dan jatuh cinta saya adalah kesinambungan dari pandangan pertama.
Sewaktu minum petang, menu kami, teh goyang dan teh tarik serta kentang goreng...niat di hati untuk menikmati roti bakar, tetapi restoran itu tidak …

seminggu penuh dengan muhasabah

Pulang dari sabah, saya sudah menerima ujian dari Allah swt. Demam selesema. Sudah lama saya tak demam untuk setahun lebih. Hari Isnin, pergi klinik, masih ada tenaga lagi untuk berjumpa dengan teman baik, cik Aqilah Ahmad Rostam @ puan Aqira. Lepas makan ubat, tak tahan, terus pulang ke rumah dan berehat. Bila demam sebegini dan jarang pulak tu, tidur sahaja yang saya mampu. Sangat penat. Tidur, bangun, makan ubat, baca buku, tidur semula ....dll. Hari Rabu, saya gagahkan diri juga untuk bersama dengan teman rapat , meraikan ulangtahun kelahirannya. Alhamdulillah, diberi kekuatan. tapi, balik terus rehat. banyak sangat tenaga digunakan sebelumnya. Dr dah pesan, hari Khamis kena pergi klinik semula, disyaki Influenza H1N1. Maka, hari Khamis, saya pergi klinik, takde influenza yang disyaki tapi kena berehat dan tukar ubat. Subhanllah. muhasabah diri. banyak sungguh dugaan. Bila sakit mcm ni, dalam kepala dan perasaan, mcm -mcm perkara yang hendak dibuat, nak masak lah, buat kek lah, si…

K.L - Semporna - Tawau - K.L (siri III )

Alhamdulillah, akhirnya kami menjengah ke hari terakhir bersama pengembara kembara mutiara. Hari Sabtu, 19 Jun 2010, kami bertolak jam 9.00 pagi ke Tawau, lewat satu jam dari rancangan asal. Pengurusan dari pihak bas sedikit meragam. Namun, perjalanan dapat diteruskan. Tiga buah bas bergerak meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau dengan anggaran perjalanan dalam masa 2 jam tiba di Tawau. Bas saya yang paling depan, dan paling cepat walaupun bas paling buruk, air cond pun macam nak hidup tak hidup, tapi alhamdulillah, berjalan lancar. Sempat juga kami menyinggah membeli pelbagai jenis buah. Rasanya sangat sedap dan manis. murah lagi. pulak tu, siap percuma satu bagi setiap pembelian. Pemurah sungguh penduduk Semporna Sabah.
Tiba sahaja di Bandar Tawau, kami terus ke Pasar Tanjung. Memandangkan jalan sangat sesak, maka, kami beramai-ramai jalan kaki dari dewan masyarakat ke Pasar Tanjung. Di sana, kami membeli belah ikan masin, ikan kering dan keropok amplang. Usai membeli belah, k…

K.L - Semporna - Tawau - K.L (siri II )

Pengembaraan diteruskan lagi pada hari kedua ( 17 Jun 2010) . Kembara Mutiara berlangsung selama 4 hari 3 malam, tapi pengembaraan saya 5 hari 4 malam. hehehe. Demi mencapai matlamat, semuanya dimudahkan. Alhamdulillah. Pengembaraan hari kedua dan hari ketiga, banyak menyentuh sanubari saya. Seronok memang seronok, tetapi, berair mata bila melihat suasana tertentu. Pilu dan perit rasanya.

Hari kedua

Kami bertolak ke Pulau Mabul. Sungguh mencabar, kerana untuk ke sana sememangnya tiada feri, perlu menaiki bot-not tertentu. Menguruskan peserta yang sangat ramai dan terdiri daripada pelbagai peringkat umur, juga pelbagai latarbelakang dan ragam, betul-betul menguji keimanan dan kesabaran kami di pihak urusetia. Namun, semuanya berbali pada Allah swt. keikhlasan hati dan ketetapan niat dalam pelaksanaan kembara ini, sememangnya sangat-sangat penting dalam memudahan segala urusan yang dibuat.

Perjalanan ke pulau Mabul mengambil masa 1 jam 30 minit. Syukur Alhamdulillah, laut sangat tenang sew…

K.L - Semporna - Tawau - K.L (siri I )

Assalamualaikum, alhamdulillah, masih lagi dapat saya mencoretkan di blog saya yang sudah beberapa hari bersawang. Kali ini, perjalanan saya diteruskan dengan pengembaraan ke Semporna, Sabah sempena Kembara Mutiara anjuran EZ Qurban, IKIM.fm dan Syihab Resources. Pengembaraan kali ini boleh dikatakan bekerja juga bercuti kerana mak dan abah juga turut serta. Selain itu, terdapat beberapa misi penting dalam pengembaraan kali ini.Antaranya :
1. Lobster
2. Snorkeling
3. Kembara
4. Segala jenis bakal

Adakah saya berjaya mencapai matlamat tersebut?nantikan hingga ke hujung cerita. =)
Pengembaraan bermula dengan berkumpul di LCCT pada jam 4.30 pagi, 16 hb Jun 2010. Kembara Mutiara kali ini diketuai oleh En Faizal Eshak ( kawan baik saya!) dengan dibantu oleh Cik Siti Fatahaya, Cik Arlinda dan En Aswad. Juga dipantau oleh Ust Azhar, Ust Jalal, Ust Erwan, Cik Mah, Kak Mas dan saya sendiri. Saya juga bertindak sebagai urusetia dan peserta.
Urusetia sedang menyemak pendaftaran peserta

Antara cenderahat…

di sebalik KSQ III ( siri 2)

Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke kulim, melihat dan menyaksikan pelaksanaan Kem Smart Quran Utara. Semuanya berjalan lancar. Kali ini fasi nya seorang perempuan dan yang lain lelaki. ada isteri kepada pengarah KSQ utara tetapi sedang sarat mengandung. Semoga dimudahkan urusan beliau.
Saya sempat semalam bersama-sama dengan urusetia KSQ utara bermula dari pendaftaran hingga ke solat subuh esoknya. Anak-anak peserta untuk utara kali ini, kebanyakkan nya sekolah menengah dan mereka sangat teruja lebih-lebih lagi kem mereka di dalam hutan, di atas bukit. Sejuk sekali. dah la tidur malam dengan aircond, ditambah pula dengan kedinginan semula jadi. Sangat nyaman.
Apa yang sempat saya kongsikan kali ini bersama teman-teman di KSQ utara sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur, sebagai muhasabah bersama:
" sepanjang kem ini, para peserta ini adalah anak-anak kita. seperti mana yang kita harapkan anak-anak kita menjadi yang berguna, pembimbing Al-quran, dan penyampai dakwah kita, begitu l…

perjalanan ke utara 2010 (siri 1)

Jumaat, jam 12 tgh malam, saya bersama adik saya, harmaini, telah bersiap-siap menunggu bas di Hentian Kajang untuk ke Kulim, Kedah. Tepat jam 12 tgh malam, kami dimaklumkan bas 'delay' setengah jam. biasalah 'delay' tu , sebab highway pun jammed. Jam 12.30 tgh malam, bas pun tiba, kami berdua pun naik bas. sepatutnya kami sebelah menyebelah, sekali bas tu penuh , dan terpaksa lah kami berpisah utk satu malam. hehe. kurang-kurang, dapat juga kerusi, sekali , ada dua orang penumpang perempuan tak dapat kerusi.

dua org lelaki, telah dipujuk dan dirayu, untuk duduk di tangga bas sementara hingga ke perak, dan meraikan dua org gadis yang tak dapat kerusi tadi tu. namun pujukan kakak itu tidak berjaya kerana alasannya begini : Saya pun bayar jugak. jauh tu nak duk kat tangga sampai perak. manalah saya tau masalah pengurusan ke apa. kami dah beli tiket, kami nak seat lah. tak cukup seat masalah pengurusan. bukan masalah pelanggan.

fuh! berdesing sekali telinga kakak pengurusan…

di sebalik KSQ III

Alhamdulillah, syukur pada Allah, KSQ III bg zon tengah telah selamat dan berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Syihab Resources khususnya kerana memberi peluang kepada saya utk terus menguruskan KSQ. Juga setinggi-tinggi penghargaan buat teman-teman yang menjayakan KSQ kali ini. antaranya Abd Halem ( abg Halem dan isteri) , Syafiq, Aishah, Khalil, Faizal, Muaz, Zaidah, Harmaini, safura, Syakirah , Syarah dan Nazihah. Dalam pencarian rakan sekerja yang selesa dan sama-sama mempunyai visi dan misi yang sama bukanlah satu perkara yg mudah dan selalunya mengambil masa yang agak lama utk lebih memahami. Namun, saya bersyukur, ada antara kami yang hanya baru berkenalan sehari sebelum program, tetapi persefahaman dapat dibentuk dalam masa yang singkat.
- Ayat di atas tak ubah seperti teks ucapan. ^-^ -

Di sebalik KSQ III kali ini, banyak perkara yang saya belajar, terutama dalam menguruskan anak-anak @ adik-adik peserta yang datang dari pelbagai pering…