Skip to main content

di sebalik KSQ III ( siri 2)

Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke kulim, melihat dan menyaksikan pelaksanaan Kem Smart Quran Utara. Semuanya berjalan lancar. Kali ini fasi nya seorang perempuan dan yang lain lelaki. ada isteri kepada pengarah KSQ utara tetapi sedang sarat mengandung. Semoga dimudahkan urusan beliau.

Saya sempat semalam bersama-sama dengan urusetia KSQ utara bermula dari pendaftaran hingga ke solat subuh esoknya. Anak-anak peserta untuk utara kali ini, kebanyakkan nya sekolah menengah dan mereka sangat teruja lebih-lebih lagi kem mereka di dalam hutan, di atas bukit. Sejuk sekali. dah la tidur malam dengan aircond, ditambah pula dengan kedinginan semula jadi. Sangat nyaman.

Apa yang sempat saya kongsikan kali ini bersama teman-teman di KSQ utara sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur, sebagai muhasabah bersama:

" sepanjang kem ini, para peserta ini adalah anak-anak kita. seperti mana yang kita harapkan anak-anak kita menjadi yang berguna, pembimbing Al-quran, dan penyampai dakwah kita, begitu lah juga harapan yang perlu kita sampaikan pada anak - anak peserta ini. Kita membantu ibu bapa mereka mencorakkan kain putih dengan lebih indah, dengan sulaman Al-Quran, dengan hiasan solat juga keceriaan budi bahasa. Tetapi, keindahan kain putih yang disulami , dihiasi dan diceriakan dengan keindahan yang kita bayangkan dan harapakan tidak akan berjaya jika kita tidak berusaha menjadi seperti itu dan jika kita tidak meletakkan diri kita dalam situasi anak-anak kita.

Anak-anak masih belajar. banyak perkara lagi mereka tidak faham. Berusaha memahami masalah yang dihadapi dan berusaha bersama-sama menangani masalah yang diuruskan. Kita juga masih belajar, tetapi kita perlu matang dalam segala keputusan dan tindakan yang kita lakukan. Saya juga masih belajar, dan sahabat-sahabat lah yang banyak membantu saya dalam hal ini.

Jangan lupa pada yang maha Esa. dia yang mengetahui segala-galanya dan setiap yang berlaku, kita kembali pada Nya. Segala salah silap , saya mohon maaf. saya juga masih menuntut, dan tiada yang sempurna tetapi kita perlu berusaha ke arah itu. "

Itu antara celoteh saya pada mereka ( tapi taklah seindah tulisan ini) hehe. namun, di sebalik nya, yang saya tekankan, kepekaan kepada sekeliling kita dan sensitiviti terhadap apa yang berlaku di sekitar kita. semoga berjalan lancar dan Insya Allah, perjuangan menyebarkan keindahan kalam suci Tuhan akan berterusan. Bantulah kami dalam perjuangan ini , Ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …