Skip to main content

di sebalik KSQ III


Alhamdulillah, syukur pada Allah, KSQ III bg zon tengah telah selamat dan berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Syihab Resources khususnya kerana memberi peluang kepada saya utk terus menguruskan KSQ. Juga setinggi-tinggi penghargaan buat teman-teman yang menjayakan KSQ kali ini. antaranya Abd Halem ( abg Halem dan isteri) , Syafiq, Aishah, Khalil, Faizal, Muaz, Zaidah, Harmaini, safura, Syakirah , Syarah dan Nazihah. Dalam pencarian rakan sekerja yang selesa dan sama-sama mempunyai visi dan misi yang sama bukanlah satu perkara yg mudah dan selalunya mengambil masa yang agak lama utk lebih memahami. Namun, saya bersyukur, ada antara kami yang hanya baru berkenalan sehari sebelum program, tetapi persefahaman dapat dibentuk dalam masa yang singkat.
- Ayat di atas tak ubah seperti teks ucapan. ^-^ -

Di sebalik KSQ III kali ini, banyak perkara yang saya belajar, terutama dalam menguruskan anak-anak @ adik-adik peserta yang datang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Menguruskan adik-adik kecil bukanlah mudah. ada yang dalam proses mencapai kematangan, ada yang dalam proses baru nak mengenal dunia, dan ada yang dlaam proses nak memahami apa yang berlaku di kelilingnya. Tugas kami membantu mencorakkan kain putih dengan mengenalkan adik-adik kepada ukhuwwah, penghayatan Al-Quran dan manisnya Islam.

selain mengurusan anak-anak@ adik-adik, istilah tidak berkira dalam membuat, menerima dan melaksanakan tugas antara yang menjadi kekuatan utama di sebalik menjayakan dakwah ini. tanpa sedar sebenarnya kami bertindak begitu kerana kami( seluruh keluarga pelaksana KSQ) berusaha seikhlasnya dalam melaksanakan tugas kami juga medidik anak-anak ini.

Banyak lagi, perkara yang ingin dikongsi. nanti saya balik dari Kedah (KSQ utara) akan saya sambung celoteh rasmi saya ni. =)

Comments

sourplum said…
pndai bermaen ng bahasa
da bule tulis kn teks utk PM ni
:P

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …