Sunday, June 20, 2010

K.L - Semporna - Tawau - K.L (siri I )

Assalamualaikum, alhamdulillah, masih lagi dapat saya mencoretkan di blog saya yang sudah beberapa hari bersawang. Kali ini, perjalanan saya diteruskan dengan pengembaraan ke Semporna, Sabah sempena Kembara Mutiara anjuran EZ Qurban, IKIM.fm dan Syihab Resources. Pengembaraan kali ini boleh dikatakan bekerja juga bercuti kerana mak dan abah juga turut serta. Selain itu, terdapat beberapa misi penting dalam pengembaraan kali ini.Antaranya :
1. Lobster
2. Snorkeling
3. Kembara
4. Segala jenis bakal

Adakah saya berjaya mencapai matlamat tersebut?nantikan hingga ke hujung cerita. =)
Pengembaraan bermula dengan berkumpul di LCCT pada jam 4.30 pagi, 16 hb Jun 2010. Kembara Mutiara kali ini diketuai oleh En Faizal Eshak ( kawan baik saya!) dengan dibantu oleh Cik Siti Fatahaya, Cik Arlinda dan En Aswad. Juga dipantau oleh Ust Azhar, Ust Jalal, Ust Erwan, Cik Mah, Kak Mas dan saya sendiri. Saya juga bertindak sebagai urusetia dan peserta.
Urusetia sedang menyemak pendaftaran peserta

Antara cenderahati yang diedarkan kepada peserta.

Seramai 130 orang peserta termasuk urusetia telah menyertai kembara kali ini. Bukan mudah untuk menguruskan penyertaan seramai itu lebih - lebih lagi bagi kami di peringkat urusetia masih muda umurnya. (Saya, Faizal dan rakan-rakan) Namun, kami berusaha sebaik mungkin. Seperti selalu, kebanyakkan peserta berumur 60 tahun ke atas. Dan sememangnya kembara Mutiara seperti kembara - kembara sebelum ini iaitu penuh dengan pengembaraan yang menguji dan mencabar kebiasaan para peserta juga urusetia sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual. Kami bertolak ke Tawau pada jam 7.20 minit pagi. Penerbangan mengambil masa 2 jam 40 minit ke Tawau.


Bahan Bacaan saya sepanjang penerbangan pergi dan balik kembara.

Ini mak saya. Sudah tiba di lapangan Terbang Tawau


Ini pula abah saya. selamat Hari Bapa.


En Faizal sedang menguruskan pengagihan bas dan van para peserta.

Perjalanan pun bermula. Dari Lapangan Terbang Tawau ke Semporna mengambil masa lebih kurang dua jam. ( mempertimbangkan pertembungan dengan lori-lori besar, cuaca kejap hujan kejap cerah dan juga pemanduan kenderaan yang agak perlahan). Saya ke Semporna dengan menaiki van bersama beberapa orang peserta yang lain. Dan saya sempat berkenalan dengan seorang adik kecil. Harun namanya dan telah menjadi anak angkat saya.


Harun Ar Rasyid bin Hamzah ( kalau tak silap). patut adik angkat tapi jadi ank angkat. para peserta tolong angkatkan sebab cik Harun ni selalu berkepit dengan saya. =)

cik Harun bersama adiknya, Umar dan ayah mereka. Ibu mereka di sebelah ayahnya.

Tiba sahaja di semporna, lebih kurang jam 1 tengah hari. Kami terus ke Perkampungan Air Sri Jaya untuk menikmati makanan tengah hari. sangat teruja. Akhirnya, cita-cita saya untuk menjejak kaki ke Bumi Sabah dan Perkampungan air tercapai. Antara lauk kami pada tengah hari itu ialah Siput Kong Kong, Ketam, dan juga Ikan goreng bertepung.
Sedang beratur untuk mendapatkan makanan tengah hari.


Antara gadis-gadis yang membantu kami. Gadis sabah memang ayu.



Di depan Perkampungan Sri Jaya.

Selesai makan tengah hari dan solat, kami bertolak ke bukit Tangkura ataupun juga dikenali sebagai Bukit Tengkorak. Tiba di sana, kenalah panjat bukit, nama pun bukit. tapi sempat hingga ke peringkat satu sahaja. Ada juga peserta yang sampai ke peringkat dua. tetapi untuk melihat tengkorak-tengkorak yang dimaksudkan kena panjat bukit hingga ke peringkat tiga dan seterusnya. Tiada peserta yang naik hingga ke peringkat tiga kerana masa agak terhad. Namun, keindahan alam ciptaan Allah s.wt, bumi Semporna sangat indah dapat dilihat dari Bukit Tengkorak.
Sedang mendaki bukit Tengkorak


Pandangan dari peringkat pertama pendakian Bukit Tengkorak

Jalan ke pendakian peringkat kedua dan seterusnya.

Pandangan dari Bukit Tengkorak. Ohw, Damainya. I love it very much.

Usai di Bukit Tengkorak, kami bergerak ke pantai Tampe-tampe di mana tempat ini merupakan tempat pengembaraan filem Aspalela. Airnya cantik dan jernih. Saya hanya sempat menikmati pemandangan itu sebentar sahaja kerana perlu pulang untuk uruskan penempatan peserta di hotel yang berkaitan.

* nanti sambung lagi. penat. baru sahaj tiba dari Sabah.





No comments: