Skip to main content

K.L - Semporna - Tawau - K.L (siri II )

Pengembaraan diteruskan lagi pada hari kedua ( 17 Jun 2010) . Kembara Mutiara berlangsung selama 4 hari 3 malam, tapi pengembaraan saya 5 hari 4 malam. hehehe. Demi mencapai matlamat, semuanya dimudahkan. Alhamdulillah. Pengembaraan hari kedua dan hari ketiga, banyak menyentuh sanubari saya. Seronok memang seronok, tetapi, berair mata bila melihat suasana tertentu. Pilu dan perit rasanya.

Hari kedua

Kami bertolak ke Pulau Mabul. Sungguh mencabar, kerana untuk ke sana sememangnya tiada feri, perlu menaiki bot-not tertentu. Menguruskan peserta yang sangat ramai dan terdiri daripada pelbagai peringkat umur, juga pelbagai latarbelakang dan ragam, betul-betul menguji keimanan dan kesabaran kami di pihak urusetia. Namun, semuanya berbali pada Allah swt. keikhlasan hati dan ketetapan niat dalam pelaksanaan kembara ini, sememangnya sangat-sangat penting dalam memudahan segala urusan yang dibuat.

Perjalanan ke pulau Mabul mengambil masa 1 jam 30 minit. Syukur Alhamdulillah, laut sangat tenang sewaktu kami pergi dan pulang. terima kasih buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kami. Di dalam perjalanan ke pulau Mabul, sempat juga kami merasa hujan, cerah, hujan dan kembali cerah. Malah ada antara peserta dapat melihat penanaman rumpai laut di tengah - tengah laut Semporna. Saya tak dapat tengok sebab tidur. hehe. Tidur sambil duduk. mantap.

Sempat bergambar sebelum bertolak ke Pulau Mabul



Gambar ramai-ramai dulu


Atas bot. hehe


Ust Erwan berteduh hujan
Bersama kak Maslina, sempat juga bergambar dalam hujan.

Tiba di pulau Mabul, program diteruskan. Bagi remaja dan kanak-kanak, kami buat sukaneka. Bagi ibu bapa dan belia, bersama Ust Erwan dan Ust Azhar dalam perkongsian hadith. Jam 2 petang, kami beramai-ramai masuk ke laut, menghayati ciptaan Allah s.w.t. Subhanallah. Baru sahaja beberapa meter dari gigi pasir, sudah banyak tapak sulaiman yang saya jumpa. Ada biru dan oren. Kemudian ke depan lagi, berjumpa batu karang yang besar2 dan hidup. malah kami dapat menyaksikan ikan karang yang cantik2 seperti dalam akuarium. Selain itu juga, saya berkesempatan melihat cengkerang yang isinya berwarna biru, ular laut, landak laut dan segala macam hidupam. terserempak juga dengan sekumpulan ikan bilis, malah , kumpulan ikan bilis tersebut berlegar-legar di sisi muka saya. Tak dapat dinyatakan perasaan nya. Tapi sangat-sangat gembira. Tu yang jadi bertambah hitam tu. hehe. Gambar-gambar di dalam laut, saya nantikan daripada pakcik saya. sepatutnya kami bertolak pulang jam 4 petang, tetapi, kerana air surut, dan batu karang , kami bertolak pulang jam 5 lebih. Hari memang sudah gelap. Sempat juga kami menikmati keindahan matahri terbenam. Subhanallah. Tiba di jeti, memang sudah gelap gelita. Alhamdulillah, semuanya selamat dan sangat penat untuk hari itu.


Acara tiup belon paling besar

Aktiviti kaki tiga

Bersiar-siar dengan abah dan mak,melawat kampung.






pemandangan matahri terbenam dari Jeti Pulau Mabul.
bukti saya ada di situ. hehe



Kepiluan


Sedang seronok-seronok, ada juga yang memilukan hati. Sempat saya bersembang dengan beberapa orang anak-anak kampung di Pualu Mabul itu. Sewaktu bersembang, mereka sedang mengerjakan landak laut utk dijual isinya dan dijadikan makanan mereka. Umur mereka sekitar 10 tahun ke 12 tahun. Kurang fasih berbahasa melayu, tetapi boleh faham sikit-sikit. Soalan pertama yang saya tanya, sekolah tak? serenatk tiga-tiga menjawab tak sekolah. Kenapa? saya tanya lagi. Jawab mereka, tak boleh sekolah. Sembang dengan mak saya perkaraini, ada kemungkinan besar, mereka ini orang filipina. Ramai filipina tidak bersekolah kerana kesempitan hidup. Bukan setakat Filipina, rakyat Malaysia juga ramai tidak sekolah. antara alasan utama kerana tiada surat beranak. Untuk mendapatkan surat beranak, perlukan duit. Mudahnya tak perlu sekolah. Bergenang air mata saya. Saya cakap pada adik-adik tu, sekolah ye. sekurang-kurang mesti pandai membaca dan mengira. Mereka hanya pandang saya, mungkin tak faham. Tapi saya doakan utk anak-anak itu. semoga Allah melindungi mereka dan melembutkan hati mereka dalam memahami kehidupan. Berilah hidayah kepada mereka.

Hari Ketiga


Alhamdulillah, program diteruskan lagi dengan kursus Asas Teknik Al-Baghdadi di Perkampungan Sri Jaya. Kursus ini melibatkan semua peserta Kembara Mutiara dan penduduk kampung Sri Jaya. Syukur pada Allah, segala pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Selesai kursus, para peserta lelaki bersiap untuk solat Jumaat, manakala, perempuan pula ada yang pulang ke hotel untuk rehat dan solat Zohor. Saya pula bersama-sama dengan anak angkat saya. Cik Harun dan keluarganya, berehat di Sri Jaya.

kursus asas Al-Baghdadi di Perkampungan air Sri Jaya, Semporna

Sementara menanti makan tengah hari, sempat saya bersiar-siar di sekitar perkampungan air Sri Jaya itu bersama inang-inang yang sudi mengiringi saya. Hehehe. Inang-inang tersebut sebenarnya adalah penduduk kampung di situ. Mereka membawa saya ke hujung kampung dan pemandangannya cukup indah. sempat juga, saya menikmati air Batu Campur versi Sri Jaya.


Pemandangan dari hujung kampung Sri Jaya


Sebagaimana saya ceritakan sebelum ini, kepiluan melihat adik-adik tidak belajar tidaklah terhenti di Pulau Mabul. Semasa berjalan bersama-sama adik-adik inang tersebut, sempat saya bersembang tentang aktiviti kehidupan mereka. Ada yang hanya bersekolah hingga darjah 2, sekdar cukup untuk tahu membaca dan mengira. Ada juga yang sekolah sampai tingat atas, tetapi berhenti begitu sahaja. Sudahnya, mereka membantu keluarga mereka berniaga kecil-kecilan. Saya sangat terkilan apabila salah seorang adik itu menjawab soalan saya, "akak jangan tanya pasal sekolah. Saya tak sekolah dah" . Tersentap jantung saya. Kesempitan hidup menjadikan dia begitu. Saya pesan pada adik-adik itu, jangan putus harapan belajar. Kena ada niat nak sambung belajar. Mesti ada. Islam menuntut kita mencari ilmu. Carilah ilmu biar apa keadaan yang berlaku.

selepas makan tengah hari, kami pun bertolak ke pekan semporna untuk tujuan membeli belah. Malamnya pula, kami dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh penduduk kampung Sri Jaya. Terima kasih kepada penduduk kampung Sri Jaya atas layanan baik yang diberikan kepada kami keluarga kembara Mutiara sepanjang kami berada di semporna.


Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …