Skip to main content

K.L - Semporna - Tawau - K.L (siri III )

Alhamdulillah, akhirnya kami menjengah ke hari terakhir bersama pengembara kembara mutiara.
Hari Sabtu, 19 Jun 2010, kami bertolak jam 9.00 pagi ke Tawau, lewat satu jam dari rancangan asal. Pengurusan dari pihak bas sedikit meragam. Namun, perjalanan dapat diteruskan. Tiga buah bas bergerak meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau dengan anggaran perjalanan dalam masa 2 jam tiba di Tawau. Bas saya yang paling depan, dan paling cepat walaupun bas paling buruk, air cond pun macam nak hidup tak hidup, tapi alhamdulillah, berjalan lancar. Sempat juga kami menyinggah membeli pelbagai jenis buah. Rasanya sangat sedap dan manis. murah lagi. pulak tu, siap percuma satu bagi setiap pembelian. Pemurah sungguh penduduk Semporna Sabah.

Tiba sahaja di Bandar Tawau, kami terus ke Pasar Tanjung. Memandangkan jalan sangat sesak, maka, kami beramai-ramai jalan kaki dari dewan masyarakat ke Pasar Tanjung. Di sana, kami membeli belah ikan masin, ikan kering dan keropok amplang. Usai membeli belah, kami bergerak ke Masjid Bandar Tawau untuk makan tengah hari dan bersiap untuk pulang ke K.L.

Di Masjid, saya sekeluarga bersalam-salam dengan beberapa orang peserta kembara yang sempat kami jumpa. Saya masih ada lagi sehari untuk mengembara di Tawau ini. Selepas bersalam-salaman, kami berjalan kaki mencari hotel yang dikehendaki. Sememangnya satu hobi berjalan kaki ini, selain menjimatkan duit, badan juga sihat. Lagipun hotel tu hanya 10 minit dari masjid.

Petang itu, kami bersiar - siar di tepi laut. Sangat nyaman dan sangat indah. Namun, saya terkilan melihat kekotoran yang ada di pinggir-pinggir laut itu. Sangat kotor. yang cantik lautnya, tepinya, hanya Allah yang tahu.

Selepas bersiar-siar petang, kami singgah di salah sebuah gerai makannan laut untuk menikmati makan malam. Kali ini, saya belanja mak dan abah saya. Kami menikmati pelbagai jenis makanan laut yang sangat segar. Malamnya, berehat di bilik hotel sahaja.

Esok nya, kami sempat ke Tamu di Takada (kalau tak silap) sebab abah nak beli daging kijang. Tunggu punya tunggu, orang yang jual daging kijang tak juga kunjung tiba. bukan sahaja kami yang menunggu, malah penduduk di situ juga menanti.

Balik ke hotel, bersiap-siap untuk pulang. Kami menaiki teksi ke Airport Tawau, dan pakcik teksi telah membawa kami ke sebuah rumah kedai di tepi airport Tawau untuk membali daging kijang juga daging rusa. Tercapai juga hasrat abah untuk membawa balik ke semenanjung.

Tiba di Airport Tawau, berjumpa dengan ibubapa arlinda. Kami telah memesan lobster dan ketam untuk dibawa pulang. Alhamdulillah, semunya dapat. Terima kasih buat ibu bapa arlinda yang sudi menyiapkan pesanan untuk kami. Pulang ke semenanjung dengan menaiki MH 2661. tiba di KLIA jam 2.30 petang.

Matlamat saya tercapai akhirnya iaitu dapatlah bawak lobster balik ke semenanjung, kembara yang betul - betul menguji fizikal,mental dan spiritual diri, dan Snorkeling yang sangat menyeronokkan. Segala jenis bakal, oh, saya tak ketemu untuk kembara kali ini. tapi saya bertemu selepas pulang dari kembara. hehehe. yang pasti, semakin ramai kenalan kami, dan semakin berkembang ukhuwwah dan dakwah atas nama Allah swt. Semoga siri pengembara muslim dapat diteruskan untuk masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …