Skip to main content

perjalanan ke utara 2010 (siri 1)

Jumaat, jam 12 tgh malam, saya bersama adik saya, harmaini, telah bersiap-siap menunggu bas di Hentian Kajang untuk ke Kulim, Kedah. Tepat jam 12 tgh malam, kami dimaklumkan bas 'delay' setengah jam. biasalah 'delay' tu , sebab highway pun jammed. Jam 12.30 tgh malam, bas pun tiba, kami berdua pun naik bas. sepatutnya kami sebelah menyebelah, sekali bas tu penuh , dan terpaksa lah kami berpisah utk satu malam. hehe. kurang-kurang, dapat juga kerusi, sekali , ada dua orang penumpang perempuan tak dapat kerusi.

dua org lelaki, telah dipujuk dan dirayu, untuk duduk di tangga bas sementara hingga ke perak, dan meraikan dua org gadis yang tak dapat kerusi tadi tu. namun pujukan kakak itu tidak berjaya kerana alasannya begini : Saya pun bayar jugak. jauh tu nak duk kat tangga sampai perak. manalah saya tau masalah pengurusan ke apa. kami dah beli tiket, kami nak seat lah. tak cukup seat masalah pengurusan. bukan masalah pelanggan.

fuh! berdesing sekali telinga kakak pengurusan tu. tapi yelah, mmg salah pengurusan pun. last-last, dua org gadis itu duduk berkongsi satu seat yang sama. Maka, sepatutnya bas kami bertolak jam 12.30 malam, disebabkan kejadian itu, bertolak lah kami jam 1.00 pagi.

dan perjalanan malam yang indah, sunyi dan mengantuk itu tidak terhenti di Hentian Kajang sahaja. Kami tiba di jalan Duta, dan bas menunggu rakan-rakan bas yang lain untuk memudahkan penghantaran orang ke destinasi tertentu mengikut jadual yang ditetapkan.
Sedang lena melayan mengantuk, pengumuman dibuat, bagi yang berkenaan turun dan pindah ke bas sebelah. Ok. saya tak terlibat. tetapi sekurang-kurangnya, dua orang gadis itu dapatlah seat sorang satu.

namun begitu, pertukaran berbentuk dua hala, bas sebelah pun, beberapa ahlinya dipindahkan ke bas kami. masuk lah sekeluaga berbangsa Cina Hakka kalau tak silap. family ni masuk, sekali kerusi tak cukup daaaa. tak sempat nak dirunding, satu bas pada jam 2.30 pagi mendapat ceramah pasal Satu Malaysia oleh aunty tu kerana mak dia tak dapat seat. huhuhu. malam itu, ceramah yang disampaikan bukanlah memberikan semangat. Maka, dua orang gadis itu, berkongsi kerusi sekali lagi. Kesian mereka. saya nak minta kongsi kerusi juga dgn adik saya mengenangkan gadis2 itu terpaksa berkongsi utk beberapa jam. tetapi saiz badan kami, amat tidak menggalakkan utk berkongsi berbanding gadis2 itu. hahaha . ( cakap je lah mmg tak nak berkongsi. banyak alasan betul). apa pun, gadis2 itu berkongsi di tempat yang lebih besar dan mereka bergilir2 bersandar.Dan perkongsian itu berlaku hingga tiba di Perak.

Oh ya, walaupun masalah tempat duduk telah berjaya diselesaikan , tetapi ceramah Satu Malaysia tetap berjalan. ARGHHHH! sebelah saya je. dan saya sambung tidur. orang lain dalam bas tu dah siap sound suruh senyap, tapi disebabkan semangat satu Malaysia sangat tinggi, cakap lah apa nak cakap, tak dapat didengari oleh penceramah khas itu.

menariknya, anak dia duduk depan, dia duduk belakang sekali, jadi dia nak berpesan pada anak dia, dia jerit je dalam bas tu. satu bas yang satu malaysia dengar. boleh kan kalau pergi je kepada seat anak dia dan bercakap dengannya. tak perlu umumkan kepada semua orang.

perjalanan diteruskan dari jalan Duta ke Kulim pada jam 2.50 pagi. oh..akhirnya bas bergerak. secara peribadi, urusan kami dimudahkan. tiba di Kulim, jam 7.30 pagi. Urusetia KSQ utara ternanti2 kehadiran kami berdua. jangkaan mereka jam 5.30 pagi. hehe. maaf, kami menghadapi malam yang 'tenang'.

ingatkan dah tiba di Kulim, ceramah selesai, rupanya tidak, tiba di Kulim, ceramah lagi hebat dan mantap. satu stesen bas Kulim boleh dengar. Kami berdua berlalu meninggalkan stesen bas Kulim ke Kem PLKN Bukit Besar, Kulim dengan senyuman...entah bila lagi akan bertembung dengan penceramah ini lagi. =)

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …