Skip to main content

seminggu penuh dengan muhasabah

Pulang dari sabah, saya sudah menerima ujian dari Allah swt. Demam selesema. Sudah lama saya tak demam untuk setahun lebih. Hari Isnin, pergi klinik, masih ada tenaga lagi untuk berjumpa dengan teman baik, cik Aqilah Ahmad Rostam @ puan Aqira. Lepas makan ubat, tak tahan, terus pulang ke rumah dan berehat. Bila demam sebegini dan jarang pulak tu, tidur sahaja yang saya mampu. Sangat penat. Tidur, bangun, makan ubat, baca buku, tidur semula ....dll. Hari Rabu, saya gagahkan diri juga untuk bersama dengan teman rapat , meraikan ulangtahun kelahirannya. Alhamdulillah, diberi kekuatan. tapi, balik terus rehat. banyak sangat tenaga digunakan sebelumnya. Dr dah pesan, hari Khamis kena pergi klinik semula, disyaki Influenza H1N1. Maka, hari Khamis, saya pergi klinik, takde influenza yang disyaki tapi kena berehat dan tukar ubat. Subhanllah. muhasabah diri. banyak sungguh dugaan. Bila sakit mcm ni, dalam kepala dan perasaan, mcm -mcm perkara yang hendak dibuat, nak masak lah, buat kek lah, siapkan biskut, nak membaca artikel, siapkan tesis dan lain-lain. Sabar Sarah. Ujian untuk awaklah tu.


Sememangnya seminggu ini penuh dengan muhasabah...saya mengisi masa rehat saya dengan membaca pelbagai buku motivasi. Masa ini lah yang terbaik untuk mengimbau nostalgia dan tindakan selanjutnya dengan bantuan dan nasihat motivator dan juga pengalaman teman dan orang tua. Antara buku yang telah saya khatamkan ialah

Koleksi Cerpen: Tawajuh Cinta koleksi Cerpen Juwairiah Md Jamil

Nota hati seorang Lelaki oleh Ust Pahrol Mohd Juoi Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

Nota Fikir untuk Zikir

kembara hamba mencari cahaya oleh Hilal Asyraf.

Ahad ni nak pergi beli satu buku, yang saya sempat selak semasa membeli hadiah utk teman. Nanti saya kongsikan buku tu ya. seronok membacanya walaupun hanya sepintas lalu.



Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …