Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

pekerja...diberhentikan. saya lega.

Saya dah mula pening kepala sebab kerja-kerja saya sudah diambil alih oleh kakitangan syarikat kami. Tapi, sebenarnya itu bukan satu masalah yang besar .... tapi masalah besar sedikit untuk saya kerana saya perlu pantau kerja mereka. Susah juga nak mengarah mereka ni sebab bahasa yang agak berbeza dan mereka agak lambat menangkap apa yang saya ajar. Lain yang saya suruh bentukkan, lain pula yang dibentukkan. dan saya telah mengenalpasti kenapa boleh berlaku begitu...kebanyakkan pekerja itu telah bekerja di berbagai tempat dan yang pastinya mereka lebih tua dari saya malah lebih tua dari emak saya. Kebanyakkan mereka berlagak tahu nak buat bisku tapi tak pun. Nak buat biskut ni perlukan kesabaran dan ketelitian dan sememangnya tangan lembut juga penting..tangan keras pun boleh cuma perlu bersabar. Kakitangan syarikat kami ni jenis tak sabar, buat kerja terburu-buru dan tidak peduli dengan nasihat atau teguran kami.
Dah ditegur jangan ditekan biskut tu, ditekan jugak, letak perlahan-lah…

kebahagiaan mereka juga kebahagiaan ku

ku ukir buah itu untuk menjadi peneman ayam tandori dan kambing panggang

5 hari, saya berkursus masakan timur tahap II anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) di Politeknik Johor Bharu. Sebelum ini, saya tidak kisah untuk berkursus lama di luar negeri Selangor, tetapi, entah mengapa , semenjak dua ini, hati saya jadi gundah gulana, bila celik mata tak nampak muka abah, mak dan adik-adik. Namun, menuntut ilmu itu antara perkara yang dituntut oleh Islam. Dan, alhamdulillah, untuk menenangkan jiwa yang bergelora, saya sentiasa berhubung dgn keluarga dan teman. Juga, niat saya sepanjang belajar, nanti balik dari kursus, saya akan masakkan utk mereka. Wah! jemput lah ye..jemput cuba resepi yang saya kongsikan. =)

Antara yang saya belajar sepanjang kursus 5 hari tersebut ialah mengukir buah -buahan dan sayur sayur untuk hiasan meja dan hidangan, beberapa jenis masakan dan cara menghias hidangan sama ada untuk dijual atau makan sendiri. Malah, kami juga telah diajar cara menghias utk menjadikan makanan yang dihidang bertaraf esklusif untuk dili…

satu jam RM10, satu hari 8 jam , satu bulan 20 hari, hasilnya RM1600 sebulan

ada satu cerita, sebuah keluarga yang memerlukan pembantu rumah. ceritanya begini :

kami mencari pembantu rumah. tetapi tidaklah sepenuh masa dengan kami. dan kami juga tidak menyediakan tempat tinggal untuk pembantu rumah. tawaran ini dibuka kepada mereka yang sedang mencari kerja yang tinggal berhampiran rumah kami. (tak ubah seperti iklan mencari pembantu rumah). Maka , beberapa orang telah datang untuk menerima kerja tersebut. dan setiapnya sering bersilih ganti...kerana mahir mengira tetapi tidak faham hasilnya.

Pembantu rumah yang kami cari, bukanlah sepenuh masa, bukanlah setiap hari. hanya hujung minggu untuk 4 jam sahaja. dan setiap bahagian dikemas berperingkat. bukan sekali harung. Yang datang kepada kami, soalan pertama ditanya , berapa gajinya kak? kami katakan rm 10 utk satu jam. Tapi, akak nak awk kerja hny 4 jam shj. Sabtu dan ahad. Awak kena fhm, satu jam RM 10, sepatutnya hasil berkilat2. pembantu rumah lain dibayar satu jam tak sampai RM 3. Basuh pinggan dan baju- baj…

cerita ibu tunggal dan org berduit

cerita Ibu tunggal 1 - akak ada 4 orang anak. paling bongsu menyusu bdn. Suami ada, tapi dah jadi bekas suami. Mmg tak bagi apa-apa lah kpd kami. Rumah takde elektrik. kena potong. Guna lilin je. Ni baru lah dapat elektrik semula. tapi bilik tidur takde lampu. kipas pun takde.masih guna lilin. Kalau hujan, rumah akak masuk lumpur. takde longkang. dapatlah bantuan beberapa ratus sebulan. Akak ada anak dara. nak kena belikan katil. asingkan tempat tidur. dia pun malu nak tidur dgn adik dia yg beza setahun. akak hutang dgn bangla depan rumah, beli katil dan tilam dia. bila g mohon bantuan, kena marah, tapi dapatlah, itupun air mata meleleh. takpelah. bukan senang org nak percaya apa yg kita lalui. dapat kerja ni pun syukurlah. ni pun akak tgh cari lagi ruang-ruang nak cari duit. bantuan tu tak cukup dik. cukup untuk makan..bayar anak sekolah lagi. Satu hari, cikgu anak minta anak akak bayar duit yuran apa ntah, anak akak cakaplah, dia bayar sikit2 boleh tak? dia bayar sepuluh sen dulu…

dia sudah mula memahami tanggungjawab

Arfan, Harmaini, Asif, Hassan(sepupu saya)..tiada dalam gambar Aqim.

Kami sudah mula sibuk menerima tempahan biskut. Cadangan di peringkat kami, biskut mula disiapkan awal bagi stok tempahan Ramadhan yang awal, tetapi, rezeki yang Allah berikan sungguh luas...persiapan untuk stok bertukar menjadi persiapan tempahan sebelum Ramadhan. Suku daripada pengedar kami mengambil tempahan mereka sebelum Ramadhan (sekarang lah)untuk membuat hamper sempena Ramadhan dan Syawal. Syukur Alhamdulillah, tetapi rancangan lari dari perancangan awal. Tiada masalah pun, cuma bertambah penat untuk mengejar tempahan Ramadhan nanti.

Dan saya perasan, saya sudah mula merepek ...oh ini sudah bahaya!. tanda-tanda awal tekanan sudah mula...kena kembali pada landasan..syukurlah ada teman yang entah sudi mendengar saya merepek atau tidak, tapi saya sudi berkongsi cerita dengan mereka. wink wink.

Kerana kesibukkan itu,untuk makanan tengah hari, kadangkala saya yang masak...Mak memang tak sempat masak, dia kena pantau …

Tika Dinihari - Devotees

Tika Dinihari oleh Devotees, sangat menyentuh jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya. Dari album pertama mereka, lagu ini mengisahkan tentang ketabahan dalam menghadapi dugaan Allah dan juga doa hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa dalam menghadapi kehidupan di muka bumi ini.

Dah lama saya tak dengar lagu in, cuma baru-baru ini, hati dan minda saya sentiasa memainkan lagu ini dalam kotak ingatan saya. Sayu sungguh terasa malah bila mengenangkan pelbagai kejadian dan musibah yang melanda kepada umat Islam sedunia, bertambah meruntun hati dibuatnya.

Dan tika waktu menulis entri ini, lagu itu terus berputar di dalam fikiran saya...ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada saya..peringatan buat diri saya khususnya. dan saya yakin, lagu ini juga peringatan buat anda semua. mari hayati bersama. Ampunkanlah kami Ya Allah.


muar-batu pahat-ayer hitam-b.arab

Semalam, seharian kami berada di negeri Johor Darul Takzim. Memulakan perjalanan menyinggah di Muar, hasrat di hati hendak menikmati Nasi Ayam Berlada dan Nasi Daging. Abah dah lama teringin, tapi semalam dapat lah menikmatinya juga walaupun tak berapa original. Selain itu, Mee Bandung Muar juga menjadi pilihan santapan. Dan kami menikmatinya di Tanjung Emas, Muar. Sempat juga bergambar di tepi Sungai Muar, panorama yang cantik, hari yang redup malah suasana yang mendamaikan.

Perjalanan diteruskan ke Batu Pahat. Matlamat utama ialah ke UTHM. Menghantar adik lelaki ke sana..dah besar rupanya adik aku ni. Selesai penghantaran, bersalam-salaman , kami bergerak ke Ayer Hitam. Tak boleh sedih-sedih sangat walaupun rindu dah mula melanda sebab nanti nak jumpa lagi dalam masa sebulan ini.

Singgah di Ayer Hitam, membeli belah dengan rancaknya, berbelanja dengan duit bonda tercinta (mak, nanti kitaorang buat biskut BANYAK2) , kami bertolak pulang ke Bangi jam 4 petang. Sepanjang dalam perjalanan…