Skip to main content

cerita ibu tunggal dan org berduit

cerita Ibu tunggal 1 - akak ada 4 orang anak. paling bongsu menyusu bdn. Suami ada, tapi dah jadi bekas suami. Mmg tak bagi apa-apa lah kpd kami. Rumah takde elektrik. kena potong. Guna lilin je. Ni baru lah dapat elektrik semula. tapi bilik tidur takde lampu. kipas pun takde.masih guna lilin. Kalau hujan, rumah akak masuk lumpur. takde longkang. dapatlah bantuan beberapa ratus sebulan. Akak ada anak dara. nak kena belikan katil. asingkan tempat tidur. dia pun malu nak tidur dgn adik dia yg beza setahun. akak hutang dgn bangla depan rumah, beli katil dan tilam dia. bila g mohon bantuan, kena marah, tapi dapatlah, itupun air mata meleleh. takpelah. bukan senang org nak percaya apa yg kita lalui. dapat kerja ni pun syukurlah. ni pun akak tgh cari lagi ruang-ruang nak cari duit. bantuan tu tak cukup dik. cukup untuk makan..bayar anak sekolah lagi. Satu hari, cikgu anak minta anak akak bayar duit yuran apa ntah, anak akak cakaplah, dia bayar sikit2 boleh tak? dia bayar sepuluh sen dulu. nnt esok dia byr lah lagi. Cikgu tu pun cakap, takpelah, ni biar cikgu bayarkan.

Cerita Ibu kena tinggal 2 - Akak mmg ada suami, anak dgn suami ni sorg, dgn suami sebelum ni ada lah beberapa org. Anak2 dgn suami pertama, alhamdulillah, suami pertama yang tanggung. Akak tak pernah keluar rumah. nak keluar kerja takut.minta izin suami, dia bagi tp mengugut. masalahnya, duit rumah tak pernah dapat...sampai letrik kena potong, akak kerja sebab nak bayar bil letrik, nak bagi anak dan akak makan. Suami akak kadang-kadang balik rumah. Bila balik minta duit kat kita. sepatutnya, dia yg bagi duit. Pastu marah akak bila akak tak bagi duit. yelah, akak mana ada duit, kerja pun tak. ni baru dapat kerja. bila akak pergi kerja, akak nak kerja lama2, sampai bos marah suh balik untuk berehat.

Cerita orang berduit 1 - Duit bulan ni dah simpan untuk beli kereta bulan depan. Ingat nak trade in kereta lah. Sedap sikit bila jalan jauh.Kurang-kurang org nak tumpang pun sedap sikit nak cerita kita bawak kereta apa. Ingat tahun ni nak ke London. nak shopping kat sana. Ramai kata at sana barang original. Merasa gaklah nak berjalan negara orang. Tapi tu lah, tak best pulak pergi sorang-sorang, kena ajak kawan ni best sikit.

Cerita orang berduit 2 - Tahun ni, raya, kita tukar langsir baru lagi ye. Set sofa pun kita tukar. Kalau thn lepas warna merah, tahun ni warna hijau lah pulak. "habis nak hntr mana yang ada ni?", tny si anak... jual lah kat kedai. takpun hntr je lah kat mana2. jemu lah pulak tgk setahun set ni. "Taknak ke kita jahit sendiri langsir, kurang sikit belanja kita. Lagipun, kita bukan wat ape pun, tgk tv, shopping, makan, tidur.", cadang si anak lagi..." eh, tak payah lah..apa guna duit banyak2 bapak kau cari, kita guna sebaik mungkin. tak luak pun. Lagipun, nnt kwn2 bapak kau dan mak datang, apa pulak diaornag kata. Pilihan mak tak elegant lah, tak class lah, jahit sendiri ..malu lah mak. Tak cukup setahun diaorg kutuk nanti", respon org berduit itu.


Daripada 4 cerita di atas, pengalaman saya sendiri, dikelilingi mereka .... Saya terkesan dan terasa. Yang susah, sibuk mencari duit,...tetapi terlupa memohon pada Allah, mudahkan setiap urusan mereka, kerana mereka dalam kesusahan. Yang berduit, lupa memohon keberkatan rezeki, kerana nikmat dan rezeki yang Allah limpahkan. Juga terlupa untuk menyumbang pada saudara seIslam mereka, yang hidup dalam kesempitan. bersusah payah mencari duit untuk kesenangan keluarga, tanpa sedar mencari duit untuk kesenangan majikan mereka juga. Muhasabah untuk diri saya. Yang paling penting NIAT. susah mana dan senang mana pun hdup ita, setiap yang kita lakukan dalam pencarian dan perjalanan kehidupan adalah dgn NIAT kita dan hendaklah kerana Allah swt. kerana DIA yang lebih tahu apa yang akan berlaku pada kita. dan DIA yang lebih tahu keperitan dan ganjaran yang bakal kita peroleh.

Comments

budak kecik said…
manusia itu pelupa... apetah apabila diberi nikmat yg melimpah ruah... terime kasih atas cerite tu kak.. ^^... heee
sourplum said…
dorg citer kt awk eh
mereka bercerita semasa saya di sisi mereka...

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …