Skip to main content

dia sudah mula memahami tanggungjawab

Arfan, Harmaini, Asif, Hassan(sepupu saya)..tiada dalam gambar Aqim.

Kami sudah mula sibuk menerima tempahan biskut. Cadangan di peringkat kami, biskut mula disiapkan awal bagi stok tempahan Ramadhan yang awal, tetapi, rezeki yang Allah berikan sungguh luas...persiapan untuk stok bertukar menjadi persiapan tempahan sebelum Ramadhan. Suku daripada pengedar kami mengambil tempahan mereka sebelum Ramadhan (sekarang lah)untuk membuat hamper sempena Ramadhan dan Syawal. Syukur Alhamdulillah, tetapi rancangan lari dari perancangan awal. Tiada masalah pun, cuma bertambah penat untuk mengejar tempahan Ramadhan nanti.

Dan saya perasan, saya sudah mula merepek ...oh ini sudah bahaya!. tanda-tanda awal tekanan sudah mula...kena kembali pada landasan..syukurlah ada teman yang entah sudi mendengar saya merepek atau tidak, tapi saya sudi berkongsi cerita dengan mereka. wink wink.

Kerana kesibukkan itu,untuk makanan tengah hari, kadangkala saya yang masak...Mak memang tak sempat masak, dia kena pantau bengkel. Kalau tak masak beli kedai lah, tapi buat masa ni, beli kedai tu dua minggu sekali, selebihnya, saya masak sepenuhnya.

Namun, saya juga sudah mula sibuk, selain biskut,saya juga perlu menyiapkan tesis saya.Oh! saya hendak graduate tahun ini juga. tahun depan ada perancangan lebih besar. Oh Tuhan, mudahkanlah urusan hamba. Kerana tukang masak kedua sudah mula menunjukkan tanda-tanda akan masak tengah hari tidak terlalu kerap, adik saya , Asif, tingkatan satu, sudah mula belajar memasak. dan dia lelaki.

Tak pelik lelaki memasak kan. lebih -lebih lagi dalam keluarga saya, semua memang dilatih dan memahiran diri untuk memasak tidak kira lelaki atau perempuan. sekurang-kurangnya lepas utk diri masing-masing.

Sejak 6 tahun lagi, setiap kami sudah mula belajar menanak nasi atas dapur. bukan rice cooker ye. kemudian perlahan-lahan belajar goreng telur mata kerbau. Ada satu waktu, Asif baru sahaja belajar masak telur mata kerbau, ketika itu dia darjah 2...maka seminggu dia makan telur mata kerbau sahaja utk setiap hidangan kerana teruja dengan pelajaran barunya. Adik kecil yang baru belajar masak..kenalah galakkan.ekeke.

Dan kini , dia telah mula belajar memahami tanggungjawab, Mak, Abah, Kakak dan Abang nye semua sudah mula sibuk belaka...dan hari ini dia bertanya pada Mak, macam mana nak masak Ayam goreng....Masak Merah. =)

Semoga terus menjadi anak yang rajin belajar, bertanggungjawab dan Insya Allah soleh.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …