Monday, July 19, 2010

ku ukir buah itu untuk menjadi peneman ayam tandori dan kambing panggang

5 hari, saya berkursus masakan timur tahap II anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) di Politeknik Johor Bharu. Sebelum ini, saya tidak kisah untuk berkursus lama di luar negeri Selangor, tetapi, entah mengapa , semenjak dua ini, hati saya jadi gundah gulana, bila celik mata tak nampak muka abah, mak dan adik-adik. Namun, menuntut ilmu itu antara perkara yang dituntut oleh Islam. Dan, alhamdulillah, untuk menenangkan jiwa yang bergelora, saya sentiasa berhubung dgn keluarga dan teman. Juga, niat saya sepanjang belajar, nanti balik dari kursus, saya akan masakkan utk mereka. Wah! jemput lah ye..jemput cuba resepi yang saya kongsikan. =)

Antara yang saya belajar sepanjang kursus 5 hari tersebut ialah mengukir buah -buahan dan sayur sayur untuk hiasan meja dan hidangan, beberapa jenis masakan dan cara menghias hidangan sama ada untuk dijual atau makan sendiri. Malah, kami juga telah diajar cara menghias utk menjadikan makanan yang dihidang bertaraf esklusif untuk dilihat dan dinikmati. oh ye. saya hanya belajar lima hari sahaja. jadi, harap anda jangan menjangkakan yang sangat hebat, kerana selebihnya saya masih dalam proses latih tubi. Dan, saya juga belajar melipat napkin meja. hehe. dan sememangnya dapat mengurangkan kos untuk kenduri kendara keluarga saya, semuanya buat sendiri. Malah, bagaimana untuk melayan pelanggan dengan protokol nya. semuanya dalam masa 5 hari. nanti jadi raja sehari layan diri sendiri. hihihi. Insya Allah.
ukiran buah dan sayur....cuba teka, yang mana satu saya punya. hehe. ha! Terima kasih buat Chef Muz yang sudi memberi tunjuk ajar. =)

Dalam 1 jam 30 minit, ada 22 jenis lipatan napkin meja, yang telah saya belajar. fuh! semangat betul memahami lipatan tersebut. Takpe2, mudah2 je, layari you tube. hehehe



Bersama chef Amin Zakaria, kami belajar memasak beef salad, papaya salad , ayam tandori dan juga ayam percik. Dan, satu yang saya hargai sepanjang belajar dengan beliau dalam kursus pendek ini, Chef Amin memotivasikan kami agar menjadi usahawan Islam yang berwawasan dan bersistem. Juga kreatif dalam penampilan hidangan. terima kasih Chef!

Bersama Chef Kamal, selain berkongsi pengalaman beliau sebagai Chef hotel ternama, kami juga bersama-sama menyediakan Kambing panggang yang sangat lazat bersama Nasi Pilaf, Acar yougurt , Kuah Dalca Benggali dan Sos Rosemary. Malah, cerita lucu dan kenangan demi kenangan yang dikongsikan amat menghiburkan hati. terima kasih chef.

Terima kasih daun keladi buat semua tenaga pengajar kursus ini, juga buat urusetia yang terlibat. Bagi yang berminat, boleh pergi ke e-smile di laman web KKLW untuk mendapatkan maklumat lanjut. Akan datang, akan saya kongsikan resepi nya.

4 comments:

Mohd Faizal B. Eshak said...

patutlah semangat suruh tengok blog dia rupe2nye psl mkn..leh jadi chefla pasni ye sarah..KSQ awak leh msk sendiri dah..haha..buka restoran nnti wajib ajak saya dtg.. =P

~ Sarah Azizul ~ said...

Faizal!! hahaha. KSQ mana sempat masak lah..buat roti pizza boleh lah. hahaha. kita mula bukak dgn warung dulu tau. hah! rasa2 mcm harmaini suh masukkan kambing panggang dlm menu. nak check balik cadangan dia.

~FataHya@YaYa~ said...

Lazat...Nyum2...buat perut saya berkeroncong je sarah nih...:)awak dah boleh buka restoran lah sarah, suh harmini jaga...fulamak..:)..kami leh rasmikan makanannya..:)

sourplum said...

psni leh msuk fruit deco nye competition