Saturday, July 3, 2010

muar-batu pahat-ayer hitam-b.arab

Semalam, seharian kami berada di negeri Johor Darul Takzim. Memulakan perjalanan menyinggah di Muar, hasrat di hati hendak menikmati Nasi Ayam Berlada dan Nasi Daging. Abah dah lama teringin, tapi semalam dapat lah menikmatinya juga walaupun tak berapa original. Selain itu, Mee Bandung Muar juga menjadi pilihan santapan. Dan kami menikmatinya di Tanjung Emas, Muar. Sempat juga bergambar di tepi Sungai Muar, panorama yang cantik, hari yang redup malah suasana yang mendamaikan.

Perjalanan diteruskan ke Batu Pahat. Matlamat utama ialah ke UTHM. Menghantar adik lelaki ke sana..dah besar rupanya adik aku ni. Selesai penghantaran, bersalam-salaman , kami bergerak ke Ayer Hitam. Tak boleh sedih-sedih sangat walaupun rindu dah mula melanda sebab nanti nak jumpa lagi dalam masa sebulan ini.

Singgah di Ayer Hitam, membeli belah dengan rancaknya, berbelanja dengan duit bonda tercinta (mak, nanti kitaorang buat biskut BANYAK2) , kami bertolak pulang ke Bangi jam 4 petang. Sepanjang dalam perjalanan, saya termenung tetapi otak ligat berfikir. Tiba-tiba terkenangkan pelajaran Bahasa Arab saya, sudah lama saya tinggalkan ..malah tidak mengamalkannya. berkarat malah bersawang. Pilu di hati melanda.

Mempelajari Bahasa Arab hampir 11 thn,tetapi, sangat kurang mengamalkannya. Pembelajaran bahasa arab tersebut bukanlah sepenuh masa, tetapi antara pembelajaran utama. Pernah sekali mak dan abah bising, bertahun-tahun belajar bahasa arab, satu pun tak guna. Kena marah memang sedih, tapi lagi sedih apabila baru sekarang tersedar keindahannya.

Perjalanan kali ini membawa harapan...walaupun hanya lintasan dan keinginan di hati, tetapi, harapan terhadap diri cukup besar. Saya nak belajar bahasa arab semula dan yang pasti sebelum hujung tahun ini, dapatlah menggunakan satu dua pelajaran yang ada bersama adik-adik dan teman-teman.

No comments: