Saturday, July 31, 2010

pekerja...diberhentikan. saya lega.

Saya dah mula pening kepala sebab kerja-kerja saya sudah diambil alih oleh kakitangan syarikat kami. Tapi, sebenarnya itu bukan satu masalah yang besar .... tapi masalah besar sedikit untuk saya kerana saya perlu pantau kerja mereka. Susah juga nak mengarah mereka ni sebab bahasa yang agak berbeza dan mereka agak lambat menangkap apa yang saya ajar. Lain yang saya suruh bentukkan, lain pula yang dibentukkan. dan saya telah mengenalpasti kenapa boleh berlaku begitu...kebanyakkan pekerja itu telah bekerja di berbagai tempat dan yang pastinya mereka lebih tua dari saya malah lebih tua dari emak saya. Kebanyakkan mereka berlagak tahu nak buat bisku tapi tak pun. Nak buat biskut ni perlukan kesabaran dan ketelitian dan sememangnya tangan lembut juga penting..tangan keras pun boleh cuma perlu bersabar. Kakitangan syarikat kami ni jenis tak sabar, buat kerja terburu-buru dan tidak peduli dengan nasihat atau teguran kami.

Dah ditegur jangan ditekan biskut tu, ditekan jugak, letak perlahan-lahan..bedebuk diletaknya. Haish!! Kat sini, kurangnya roh/ penghayatan dalam membuat kerja....yang ada dalam kepala... habis kerja jam brp, dapat gaji berapa... kalau dia buat elok2, dia takkan kena marah..tapi bila buat tak elok...balik pun masam mencuka sbb kena marah.

saya pening, mak saya lagi pening... dan setelah ditimbang tara dan dilihat kebaikkan dan keburukkan hasil pekerja dan tingkahlaku mereka serta komitmen yang diberikan juga komunikasi mereka terhadap kami...maka beberapa orang pekerja telah diberhentikan. Kami juga berusaha menjaga keberkatan dalam mensyukuri nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Setiap pekerja diwajibkan solat . Lawak kan..solat tu mmg dah wajib, kami wajibkan lagi. inilah realiti kehidupan...tak semua orang seperti kita(kalau kita ni solat penuh 5 kali sehari) ...dan ini antara perkara utama juga dalam pertimbangan kami...Dan saya tengok wajah mak sangat lega...dan hati saya jadi tenang. oh rupanya itulah masalah yg sy hadapi tapi sy tak dapat kenal pasti.Masalah pekerja bukan sahaja pada kemahiran dan kepatuhan kepada majikan..tapi kepatuhan pada Tuhan juga.

proses memberhentikan kerja ni berlaku di setiap pejabat kecuali pejabat kerajaan lah..sebab tu ramai nak kerja kerajaan...susah nak diberhentikan..janji gaji masuk. kerja tu buat sambil lewa je...tu lah yg orang ramai dok komplen, tapi tak ramai org kerja kerajaan ni kisah. OPS!!! saya pun bakal kerja kerajaan...dalam mimpi saya.

maka ...legalah sedikit hati ini, masalah yang dikenalpasti dapat diselesaikan, kualiti produk pun dapat dijaga. pesanan utk anda juga, apabila bekerja, bekerja ikut kehendak majikan bukan bekerja ikut andaian sendiri...adalah amat bagus apabila matlamat anda selari dengan majikan anda maka anda bakal mendapat bonus dan kebahagiaan dalam melaksanakan tugas anda.

1 comment:

sourplum said...

byk buat biskut raya thun ni?