Sunday, July 11, 2010

satu jam RM10, satu hari 8 jam , satu bulan 20 hari, hasilnya RM1600 sebulan

ada satu cerita, sebuah keluarga yang memerlukan pembantu rumah. ceritanya begini :

kami mencari pembantu rumah. tetapi tidaklah sepenuh masa dengan kami. dan kami juga tidak menyediakan tempat tinggal untuk pembantu rumah. tawaran ini dibuka kepada mereka yang sedang mencari kerja yang tinggal berhampiran rumah kami. (tak ubah seperti iklan mencari pembantu rumah). Maka , beberapa orang telah datang untuk menerima kerja tersebut. dan setiapnya sering bersilih ganti...kerana mahir mengira tetapi tidak faham hasilnya.

Pembantu rumah yang kami cari, bukanlah sepenuh masa, bukanlah setiap hari. hanya hujung minggu untuk 4 jam sahaja. dan setiap bahagian dikemas berperingkat. bukan sekali harung. Yang datang kepada kami, soalan pertama ditanya , berapa gajinya kak? kami katakan rm 10 utk satu jam. Tapi, akak nak awk kerja hny 4 jam shj. Sabtu dan ahad. Awak kena fhm, satu jam RM 10, sepatutnya hasil berkilat2. pembantu rumah lain dibayar satu jam tak sampai RM 3. Basuh pinggan dan baju- baju, jangan sesekali buat. itu kami buat sendiri. kami perlukan awak bantu kami utk yang lain-lain.

Maka si pembantu rumah itu pun pulang dgn gembira krn diterima bekerja. Tetapi tidak memikirkan hasil kerjanya. Di rumahnya, kerana terlalu gembira dengan gaji yang bakal diterima iaitu satu jam RM10.dia pun mula mengira.... satu jam RM 10, sehari kerja 8 jam. jadi satu hari dia boleh dapat RM 80. sebulan dia kerja 20 hari (dia terlupa, tuan rumah hny benarkan dia kerja sabtu ahad sahaja) , maka dia akan dapat RM 1600 sebulan. sama banyak dgn pegawai kerajaan berkelulusan sarjana muda. untung-untung. cukup 3 bulan, sudah boleh pulang ke kg halaman. dgn girang si pembantu rumah mengira, terlupa dgn pesanan tuan rumah dan terlupa juga apakah sepatutnya hasil dari satu jam rm10.

Esoknya, dia pergi kerja. oh ye, esoknya hari sabtu. maka dia pun memulakan kerja nya sebagai pembantu rumah. Besar sungguh rumah Tuan. patutlah Tuan suruh buat satu-satu. malangnya, dia buat kerja sangat lambat malah sempat menonton TV krn utk mencukupkan 8 jam. Sekali Tuan marah, saya hanya bayar kamu utk 4 jam. dan 4 jam bagi saya adalah singkat. kalau nak kerja sampai 8 jam, saya kira 4 jam seterusnya adalah sumbangan awk kpd rumah ni. Jgn berlengah-lengah buat kerja.

kelam kabut si pembantu rumah berkerja, terus hilang mood nya kerana 4 jam shj. (kan Tuan dah ckp semalam). Sangat banyak kerja dlm rumah tu, sampai dia pun tak pasti nak buat apa. akhirnya, dia mengiron baju ahli keluarga Tuan rumah. dan sekali lagi Tuan Rumah mengamuk. Kalau saya bayar kamu RM 10 sejam hanya utk mengiron baju....baik tak payah. ni semua kerja kami. lain yang disuruh, lain yang dibuat. Sekarang kamu pergi kemas bahagian sana.

Bertambah hibalah si pembantu rumah, nak buat kerja yang ringan pun tak boleh. Maka setelah selesai kerjanya, dia berjumpa Tuan Rumah, "tuan, saya nak berhenti kerja. orang lain bayar saya lagi mahal dari tuan. dan saya boleh iron baju mereka sekali. Mereka bayar saya RM 300 pada saya. Lagi mahal dari tuan. RM 10, tu tak banyak mana pun." . Maka, si Tuan menjawab , " baik. saya yakin awak sudah mengira dengan baik dan saya tidak menghalang. Cuma saya nak bagitau awak, gaji pembantu rumah bukanlah seperti gaji pegawai. Kalau ya, pasti ramai pegawai kerajaan terutama yang perempuan sanggup duduk di rumah untuk mendapatkan gaji yang begini tanpa perlu bergaduh dgn rakan sepejabat mereka. ini gaji kamu". Tamatlah, cerita pembantu rumah itu di rumah keluarga tersebut, dan pembantu rumah itu mencari rumah yang lain pula untuk mengadu nasib.

Apabila saya mendengar kisah keluarga ini, saya rasa, hal ini bukan sahaja berlaku di antara majikan dan pembantu rumah, tetapi berlaku juga antara kita yang bekerja makan gaji, berniaga sendiri atau apa sahaja urusan kita. Masalah kita ialah kita suka melihat angka akhir yang bakal kita peroleh tetapi kita lupa dengan hasil yang sepatutnya kita berikan atas nilai bayaran itu.

Gaji seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang teguh pasti sekurang-kurangnya RM 10 K...tetapi, lihatlah pada amanah dan atas sebab apa gajinya dibayar begitu, kerana kerjanya yang sangat banyak dan membebankan malah menjaga beribu kakitangan dibawahnya termasuklah memenuhi permintaan pelanggan semuanya di bawah pantauannya.

Gaji seorang guru sekurang-kurangnya RM seribu lebih, tidaklah bermakna dia perlu bersenang lenang berbanding Ketua Pegawai Esekutif tadi..malah dia juga perlu menyelesaikan segala tugasnya cuma dia tidak perlu memikirkan masalah pengurusan kakitangan yang berada di bawahnya melainkan dia seorang guru besar atau pengetua.

Seperti pembantu rumah yang dibayar sejam RM10, seharusnya rumah keluarga itu berubah dari keadaan yang sedia ada kepada yang lebih indah, bukan mengemas kini yang sedia ada menjadi lebih kemas.

Itulah masalah yang kita hadapi...sering melihat angka tapi terlupa pada nilai yang perlu kita korbankan disebaliknya. Kita asyik mengira angka dan hasil akhir yang bakal diperoleh,tetapi kita terlupa untuk mendapatkannya bukanlah mudah dan sangat banyak pengorbanan dan kerugian yang perlu kita hadapi terlebih dahulu.

Sering kita mohon pada Allah, dikurniakan dan dilimpahkan segala nikmat dan rezeki, bila kita perolehinya, terlupa yang kita perlu membayarnya semula ....sedangkan hanya dengan Hamdalah, menyatakan rasa syukur, adalah antara yang paling mudah untuk menyatakan terima kasih kepada Allah atas apa yang Dia berikan, tapi kita terlupa. kita lebih meraikan apa yang kita peroleh, tetapi tidak merikan bersama dengan Yang Memberi kepada kita.

bersyukurlah kepada Dia atas nikmat yang dikurniakan....mungkin kesusahan dan kepayahan yang kita lalui dlm kehidupan, disebabkan silam kita dan masa kini kita yang tidak bersyukur... maka syukurlah sekarang dan segera, insya Allah, jalan untuk kita lebih mudah.

1 comment:

ibn_hasbi said...

Satu cerita yang baik dan bagus... buat apa yang disuruh...
jawab apa yang ditanya, bukan jawab apa yang kita tahu...

bersyukurlah sentiasa....
banyak faedahnya...