Tuesday, July 6, 2010

Tika Dinihari - Devotees

Tika Dinihari oleh Devotees, sangat menyentuh jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya. Dari album pertama mereka, lagu ini mengisahkan tentang ketabahan dalam menghadapi dugaan Allah dan juga doa hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa dalam menghadapi kehidupan di muka bumi ini.

Dah lama saya tak dengar lagu in, cuma baru-baru ini, hati dan minda saya sentiasa memainkan lagu ini dalam kotak ingatan saya. Sayu sungguh terasa malah bila mengenangkan pelbagai kejadian dan musibah yang melanda kepada umat Islam sedunia, bertambah meruntun hati dibuatnya.

Dan tika waktu menulis entri ini, lagu itu terus berputar di dalam fikiran saya...ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada saya..peringatan buat diri saya khususnya. dan saya yakin, lagu ini juga peringatan buat anda semua. mari hayati bersama. Ampunkanlah kami Ya Allah.


No comments: