Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

tempahan biskut

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, masih lagi dapat beribadah di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Perkembangan terkini Zaisara, kemahiran kakitangan Zaisara semakin meningkat. jika sebelum ini, kami tidak dapat menerima tempahan yang banyak kerana kurang kakitangan yang mahir. Namun, tahun ini, syukur pada Allah, kakitangan Zaisara yang ada semakin cekap dalam membuat biskut-biskut yang ada dan memenuhi kehendak pelanggan dan kualiti yang telah ditetapkan.
Justeru, bagi yang berminat untuk membeli biskut Zaisara untuk sambutan Ramadhan dan Syawal kali ini, boleh hubungi kami di talian 019-3431063 ( Kak Zai) atau 013-6249318 ( Sarah) . Juga boleh layari web kami, Zaisara.com
Kami juga masih mengadakan promosi 5 bekas RM100. Hubungi kami segera untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh melihat koleksi biskut zaisara 2010 pada katalog di bawah.

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…

Sos lada hitam @ chicken chop

Semakin rajin pula saya update blog saya..di bulan Ramadhan pula tu..penuh dengan resepi. Sebenarnya saya memang tengah sibuk..menyiapkan tempahan biskut pelanggan. tapi, disebabkan beberapa keadaan tertentu, yang memerlukan saya untuk berehat..maka masa rehat saya diisi dengan mencoret di blog ini.
Baru-baru ini, seorang teman dari Melaka, telah komen saya punya chicken chop. dan saya rasa sangat BAHAGIA. hahaha. komennya itu yang membuatkan saya rasa BAHAGIA. kira Chicken chop saya diterima orang lah. dan boleh dikomersialkan. tapi, kali ini saya kongsikan kuah chicken chop atau sos lada hitam di mana saya yakin inilah antara penyebab teman saya dari Melaka itu memberi respon yang memBAHAGIAKAN saya. orang lain tak komen, jadi saya tak tau nak respon macam mana. Buat En Shauqi...komen anda betul-betul memBAHAGIAKAN saya. Nanti, murah rezeki, panjang umur, saya belanja anda makan chicken chop lagi ok...tapi untuk kenduri anda, saya datang makan je. Tak terfikir la pulak nak offer spo…

sampai waktu...

saya rasa saya dah sampai waktu...

banyak bersandar ...
kurangkan mengangkat berat atau mudahnya, saya tak boleh angkat dah...
kalau dulu, saya kebas kerana berdiri lama atas kasut bertumit...
kini saya kebas, walau membongkok sekali sekala...
takde harapan lah nak pakai kasut bertumit yang tinggi 2 inci tu

ya..memang dah sampai waktu...

nak kata penyakit orang kaya..tak rasanya..tak tersenarai pun
tapi saya terpaksa beralih arah...
sekarang mak kata jadi penasihat je
tukang arah @ pengarah..
tukang ajar @ pengajar...

tapi bila saya memasak di dapur...
saya lupa sakit saya...
lebih-lebih lagi bila tengok orang menikmati makanan yang saya masak...
langsung tak ingat sakit yang menyerang..
agaknya jadi tukang masak lah kot .

yang pasti, saya kena cari duit banyak-banyak..
sebab saya nak gajikan seorang bibik...
harapkan tulang 4 kerat yang ada..
saya memang tak lalu..
sungguh saya dah sampai waktu...

semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk saya juga sekeluarga... dan memudahkan segala urusan saya j…

kuih bakar kak Ton

Sepuluh tahun lepas, mak sering berkata...cubalah belajar buat kuih bakar. Esok bila mak takde, orang tanya, korang tak pandai ke buat kuih bakar? Mak korang dulu pandai buat kuih bakar..sedap dan lembut. Sementara mak masih hidup ni, belajar lah. bila takde kang, menyesal.
Dan setiap kali mendengar mak cakap begitu, saya mesti doa, Ya Allah, Kau panjangkanlah umur mak ku..janganlah Kau perkenankan permintaan nye untuk pergi dulu. Sedih waktu tu. pastu, saya masuk bilik nangis sorang-sorang. terasa macam Mak nak pergi sangat dah. walhal, dia hanya meluahkan perasaan geram dia pada kami anak-anak kerana tak belajar resepi dan kemahiran masak dia yang memang saudara maranya amat mengakui kehebatan masakannya.
Semenjak tu, saya memahirkan diri saya di dapur, mencuba pelbagai resepi dan belajar dengan mak semua resepi nya yang dia buat sendiri. Melihat adik-adik, kurang ke dapur..rajin jugak lah mereka turun ke dapur, tapi hanya untuk makanan kegemaran mereka sahaja. Saya nak kata terpaksa…

sos speghetti

Aimi : sarah, hari ni sahur makan apa?
sarah : speghetti bolognise
Aimi : bukak puasa?
sarah : speghetti bolognise udang lah pulak.
Aimi : esok sahur?
Sarah : hmmmm speghetti bolognise sayur
Aimi : habis tu bukak puasa, takkan speghetti bolognise lagi?
sarah : oklah..tukar...speghetti cabonara.
Aimi : oh. ok...bila kita nak makan nasi?
Sarah : bila sos speghetti kita habis.
Aimi : bila pulak sos speghetti kita nak habis?
Sarah : entahlah...ada lagi 20 botol. agak2?
Hahahaha. lawak pulak rasa... dialog yang kemungkinan besar berlaku... sebab macam tu lah kalau sembang dgn aimi. adik saya yang bongsu. dan botol sos speghetti mmg banyak lagi... hmm, kena tukar resepi ni... Ayam masak Sos Speghetti. oh yeah!
sos speghetti oh sos speghetti....
Saya selalu ingin berkongsi masakan saya...dan baru2 ni saya berjaya, sempena gerai pesta konvo UKM Cyber Coner , dapatlah saya berkongsi resepi kuah speghetti yang telah diubah suai sesuai dgn tekak orang Malaysia...walaupun orang kena bayar nak makan speghetti …