Wednesday, August 18, 2010

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawang besar yang telah dikisar , rempah sup+kurma dan perasakan dengan stok ayam dan garam. Masukkan lada hitam juga jika minat. kacau selalu agar tidak hangit..dan bubur anda masak sempurna apabila telah mendidih. Hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup. oh ye, pastikan daging anda masak...sebelum menyimpulkan bubur lambuk anda telah masak sempurna.

kebiasaannya masak nasi biasa , 1 kg beras untuk 10 orang, untuk bubur pula , 1 kg beras untuk 20 orang

Selamat memasak bubur lambuk.

3 comments:

Beautiful Tudung said...

salam. Akak, stok ayam tu buat sendiri atau dalam bentuk kiub? Kalau buat sendiri, boleh tak akak ajar caranya?

~ Sarah Azizul ~ said...

stok ayam tu guna yg knor punya tu..kiub atau serbuk. yg buat sendiri ada resepinya..nnt sy bg.

Solehah Rahman said...

Nak sukat air guna apa?