Skip to main content

kuih bakar kak Ton


Sepuluh tahun lepas, mak sering berkata...cubalah belajar buat kuih bakar. Esok bila mak takde, orang tanya, korang tak pandai ke buat kuih bakar? Mak korang dulu pandai buat kuih bakar..sedap dan lembut. Sementara mak masih hidup ni, belajar lah. bila takde kang, menyesal.

Dan setiap kali mendengar mak cakap begitu, saya mesti doa, Ya Allah, Kau panjangkanlah umur mak ku..janganlah Kau perkenankan permintaan nye untuk pergi dulu. Sedih waktu tu. pastu, saya masuk bilik nangis sorang-sorang. terasa macam Mak nak pergi sangat dah. walhal, dia hanya meluahkan perasaan geram dia pada kami anak-anak kerana tak belajar resepi dan kemahiran masak dia yang memang saudara maranya amat mengakui kehebatan masakannya.

Semenjak tu, saya memahirkan diri saya di dapur, mencuba pelbagai resepi dan belajar dengan mak semua resepi nya yang dia buat sendiri. Melihat adik-adik, kurang ke dapur..rajin jugak lah mereka turun ke dapur, tapi hanya untuk makanan kegemaran mereka sahaja. Saya nak kata terpaksa, taklah..tapi dah jadi minat, semua saya belajar..malah berniat kalau boleh belajar pandai masak semua jenis makanan. saya tak suka itu ceritalain, tapi yang penting orang lain suka.

kali ini, saya nak kongsikan resepi Kuih Bakar mak saya. Kuih Bakar Kak Ton. =) Selalu, budak2 ISIUKM masa saya belajar dulu, rajin tanya macam mana nak buat, dan soalan pertama mak saya : korang ada ke acuan dan oven kat rumah? dapatkan acuan dan oven dulu. pastu baru tanya makcik.

Sampai sekarang, mereka tak bertanya. hehe. takpelah, ini saya kongsikan.

Kuih Bakar Kak Ton

16 biji telur Gred A
1 kg santan
1.7 liter air
900 gram gula
800 gram tepung gandum
pewarna hijau

acuan kuih bakar dan oven. =)

Campur je semua, kacau sampai sebati. kalau berketul sebab tepung, kisarkan bancuhan tu. sapukan acuan dengan minyak, kemudian baru tuang bancuhan kuih bakar. taburkan bijan diatasnya. dan bakar pada suhu 200 darjah C. Adunan ini boleh dapat sekurang-kurangnya 16 keping kuih bakar bagi saiz 1. ( besar)

Masih nak bercerita lagi ... tentang kuih bakar dan peminatnya. Seorang teman dari Terengganu, sangat meminati Kuih Bakar apatah lagi kuih Bakar Kak Ton. Sampaikan kami mengusik dia, nak hantar hantaran nanti kami hantar 20 dulang kuih bakar pelbagai jenis dan perasa serta warna. Tak kisah. dia sangat gembira. tapi kami tak hantar pun sebab dia mempunyai pilihan sendiri. =)

Kuih Bakar Kak Ton... banyak kenangan di sebalik nya.

Comments

Anonymous said…
yes!! resipi ni yg saya tgguu..ahaha..dulu dh amek masa kat kemboja tp hilang dlm simpanan! ;p terima kasih syg!!
baiknya hati share ilmu...byk pahala ni...

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …