Tuesday, August 17, 2010

Sos lada hitam @ chicken chop

Semakin rajin pula saya update blog saya..di bulan Ramadhan pula tu..penuh dengan resepi. Sebenarnya saya memang tengah sibuk..menyiapkan tempahan biskut pelanggan. tapi, disebabkan beberapa keadaan tertentu, yang memerlukan saya untuk berehat..maka masa rehat saya diisi dengan mencoret di blog ini.

Baru-baru ini, seorang teman dari Melaka, telah komen saya punya chicken chop. dan saya rasa sangat BAHAGIA. hahaha. komennya itu yang membuatkan saya rasa BAHAGIA. kira Chicken chop saya diterima orang lah. dan boleh dikomersialkan. tapi, kali ini saya kongsikan kuah chicken chop atau sos lada hitam di mana saya yakin inilah antara penyebab teman saya dari Melaka itu memberi respon yang memBAHAGIAKAN saya. orang lain tak komen, jadi saya tak tau nak respon macam mana. Buat En Shauqi...komen anda betul-betul memBAHAGIAKAN saya. Nanti, murah rezeki, panjang umur, saya belanja anda makan chicken chop lagi ok...tapi untuk kenduri anda, saya datang makan je. Tak terfikir la pulak nak offer sponser chicken chop. hehe

Resepi Sos lada hitam Sarah punya style :

Bawang putih
Bawang besar
(nisbah bawang besar dan bawang putih ialah 1 biji bwg besar, seulas bawang putih)
*Krim pekat
Lada hitam ( crushed black pepper)
Stok ayam
Garam

* jika tiada krim pekat, boleh gunakan susu cair. lebih murah berbanding krim pekat.

Cara-caranya :

Bawang putih dicincang halus. Bawang besar dikisar. Nasihat saya, banyakkan bawang besar untuk memaniskan sos juga memekatkan sos anda. Tumis bawang-bawang tersebut sampai wangi. Masukkan susu cair/ krim pekat. jumlah susu cair yang dimasukkan mengikut kesesuaian kepekatan kuah yang diinginkan. kacau dan biarkan ia mendidih. Kacau selalu bg mengelakkan kerak atau hangit. Masukkan lada hitam. Banyak lada hitam maka pedaslah sos juga semakin perang lah sos. Terpulang kepada anda. perasakan sos dengan garam dan stok ayam.

Selamat mencuba.jangan lupa Basmallah dan selawat sebelum memulakan kerja nada. semoga anda juga bahagia seperti saya memasak untk ahli keluarga dan teman serta membahagiakan mereka. =) senyum selalu.


No comments: