Skip to main content

sos speghetti


Aimi : sarah, hari ni sahur makan apa?

sarah : speghetti bolognise

Aimi : bukak puasa?

sarah : speghetti bolognise udang lah pulak.

Aimi : esok sahur?

Sarah : hmmmm speghetti bolognise sayur

Aimi : habis tu bukak puasa, takkan speghetti bolognise lagi?

sarah : oklah..tukar...speghetti cabonara.

Aimi : oh. ok...bila kita nak makan nasi?

Sarah : bila sos speghetti kita habis.

Aimi : bila pulak sos speghetti kita nak habis?

Sarah : entahlah...ada lagi 20 botol. agak2?

Hahahaha. lawak pulak rasa... dialog yang kemungkinan besar berlaku... sebab macam tu lah kalau sembang dgn aimi. adik saya yang bongsu. dan botol sos speghetti mmg banyak lagi... hmm, kena tukar resepi ni... Ayam masak Sos Speghetti. oh yeah!

sos speghetti oh sos speghetti....

Saya selalu ingin berkongsi masakan saya...dan baru2 ni saya berjaya, sempena gerai pesta konvo UKM Cyber Coner , dapatlah saya berkongsi resepi kuah speghetti yang telah diubah suai sesuai dgn tekak orang Malaysia...walaupun orang kena bayar nak makan speghetti tapi, saya gembira orang ramai dapat menikmati rasa sos spegehtti tekak melayu. haha. yang best tu, adik-adik gerai tu siap decorate hidangan speghetti tu dgn Timun dan tomato. sungguh alam melayu kata abg Muhd, kawan baik saya.

saya yakin, masakan masing-masing lagi sedap dari saya, cuma saya gembira untuk berkongsi rasa masakan kami. hehe.oh sos speghetti masih banyak lagi. maka, Ramadhan ni, kita makan speghetti lah ye Aimi ku sayang.

p.s : seingat saya , saya ada kongsikan resepi kuah speghetti tu..tapi tak ingat bila..saya jumpa yang ini, sama sahaja.kuah stuffed chicken selamat mencuba. nak tanya pun boleh..

Comments

chAq said…
i like berry-berry muchy...
kak, watlah sherpard pie, lasagna..
waaa, kecur liur. i pon malaygeti jugak...
lidah melayu xleh lepas.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …