Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Fasilitator Kem Smart Quran 2010

Temuduga terbuka kepada semua pelajar IPT warganegara Malaysia. Berminat, hantar kan resume anda kepada sarahazizul@gmail.com (u/p: Cik Sarah, Pengarah Kem)

Diari Ramadhan 1431H - Keluarga -

Alhamdulillah, kehadiran Ramadhan bukan sahaja untuk meningkatkan amal ibadah, malah mengeratkan ukhuwwah sesama ahli keluarga khususnya. Sayu terasa bila berbuka seorang diri, tapi saya bersyukur, kerana sebulan Ramadhan ni, kami sentiasa berbuka bersama , tidak kira besar atau kecil. Paling sikit pun 2 orang..sangat romantik pula berbuka berdua bersama teman. =)Sememangnya bulan Ramadhan sangat istimewa kerana ahli keluarga berkumpul untuk berbuka bersama-sama, berkongsi cerita dalam waktu yang singkat tapi penuh bermakna.

Bukan berbuka puasa sahaja istimewa, malah bersahur juga istimewa. Kejut mengejut antara satu sama lain kemudian menikmati bersama-sama makanan yang sedap-sedap dalam memenuhi sunnah Nabi s.a.w. Ahli keluarga juga berkumpul sewaktu bersahur. bagi saya, waktu bersahur antara waktu yang sangat dinanti-nantikan kerana makanan sahur sangat sedap! Kadang-kadang Abah masak, kadang-kadang saya masak, kadang-kadang mak masak dan kadang-kadang Husna masak.Setiap rindu itu …