Sunday, September 12, 2010

Diari Ramadhan 1431H - Keluarga -

Alhamdulillah, kehadiran Ramadhan bukan sahaja untuk meningkatkan amal ibadah, malah mengeratkan ukhuwwah sesama ahli keluarga khususnya. Sayu terasa bila berbuka seorang diri, tapi saya bersyukur, kerana sebulan Ramadhan ni, kami sentiasa berbuka bersama , tidak kira besar atau kecil. Paling sikit pun 2 orang..sangat romantik pula berbuka berdua bersama teman. =)Sememangnya bulan Ramadhan sangat istimewa kerana ahli keluarga berkumpul untuk berbuka bersama-sama, berkongsi cerita dalam waktu yang singkat tapi penuh bermakna.

Bukan berbuka puasa sahaja istimewa, malah bersahur juga istimewa. Kejut mengejut antara satu sama lain kemudian menikmati bersama-sama makanan yang sedap-sedap dalam memenuhi sunnah Nabi s.a.w. Ahli keluarga juga berkumpul sewaktu bersahur. bagi saya, waktu bersahur antara waktu yang sangat dinanti-nantikan kerana makanan sahur sangat sedap! Kadang-kadang Abah masak, kadang-kadang saya masak, kadang-kadang mak masak dan kadang-kadang Husna masak.Setiap rindu itu ada sebab nya, tapi ada juga tiada sebab..tapi rindu saya pada Ramadhan sangat tinggi malah ternanti-nanti Ramadhan seterusnya...kerana waktu inilah keluarga kecil dan besar kami berkumpul sentiasa..malah saya dapat kurangkan berat saya. wink wink.
Gambar berikut sewaktu berbuka di hotel Singgahsana, Petaling Jaya... c.Me belanja! hehe. Semoga c.Me panjang umur, murah rezeki dan diberkati dunia dan akhirat.

azhan,cik mah, wan dan syakirah

asif, arfan, abah dan mak

cik Cila, cik Ja, Opah dan asif

Seterusnya majlis buka puasa kecil-kecilan di rumah saya. Selalu besar-besaran, tapi kali ini kecil kecilan..tiada kesempatan besar-besaran.maaf. =)


antara yang hadir


Nasi Mandi ayam dan kambing..sewaktu berbuka puasa tajaan Cik Na di rumah Opah

Banyak lagi acara berbuka bersama, yang pasti berbuka di rumah bersama keluarga. itulah indahnya Ramadhan. semoga bertemu Ramadhan akan datang. Insya Allah.

No comments: