Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Dateline tiga serentak!

Waduh! nak mengeluh pun tak... tapi bunyinya macam mengeluh kan. Tak baik mengeluh.Rasulullah s.a.w bersabda,: ” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Sebenarnya, saya sedang sesak nafas nak menghirup udara ketenangan. Dateline bagi tiga perkara hampir tiba dan bagi saya ia adalah serentak. Kembara korban bakal kunjung tiba pada 15 hb Nov ini. Usai Kembara korban, Kem Smart Quran pula...tahun ini pelaksanaan Kem Smart Quran semakin meluas. 5 tempat menjadi pilihan.. Yang Utama di UKM, Bangi.. diikuti di Klang, UUM Sintok, UMS Kota Kinabalu dan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.
Tesis saya? Oh Tuhan, hamba memohon rahmat ketengan dan kelapa…

Pesan mak: jadilah diri sendiri

Saya masih terasa dengan perlian seseorang... walaupun saya cuba untuk tidak mengambil endah, tetapi semakin bertambah sakit hati bila perlu berurusan dengan orang seperti mereka. Allah, Allah, Allah, berilah sebaik-baik petunjuk kepada kami.
Mak pesan, tak perlu diambil peduli perlian mereka. Jadilah diri sendiri. Kalau mengubah diri mengikut kehendak orang, tetapi menyeksa diri juga tidak mengharapkan redha Allah, apalah gunanya...sia-sia je. Biarkan mereka yang berkata-kata itu... jangan risau pasti ada balasannya. Yang mereka tidak suka adalah kerana tercabar..tetapi mereka tidak berusaha untuk menjadi lebih baik, sebaliknya mereka meminta orang lain mengikut acuan pada mata mereka. Sudah, sudah, pesan mak saya. Janji Allah itu pasti. pegang teguh pada tali Allah dan syariatNya. Itu tentu mendapat setinggi-tinggi penghargaan dari Allah.
Pesan mak itu sebelum dia bertolak ke Saudi. saya masih ingat pesanannya, dan abah juga berpesan, jadilah diri kita. Jangan terikut rentak mereka.…

KEMBARA KORBAN 2010

Penyertaan Kembara Korban 2010 telah dibuka. Dianjurkan oleh IKIM.fm di bawah siri pengembara muslim, dan EZ Qurban sebagai urusetia. Menariknya kali ini, Kembara Korban akan bermula dari Siem Reap dan balik dari Phnom Penh .


"Pengembaraan juga pelajaran kehidupan"

Aturcara program sangat menarik seperti berikut:
HARI 1 Mengembara ke sekitar Siem Reap dan Tasik Tonle Sap.Menuju ke Tonle Sap Night Market HARI 2 Ke Angkor WatMalam raya bersama-sama masyarakat kampung untuk bertakbir raya.Konsert Nasyi AidilAdha Kemboja Malaysia ( Muadz , Hafiz Gendang, Devotees)
HARI 3 Bersama-sama dengan masyarakat kampung untuk menunaikan Solat Eidhul AdhaHari Raya Qurban Pertama- Sekitar perlaksanaan qurbanBertolak Ke Phnom Penh.Konsert Nasyid Aidil Adha 2 Kemboja Malaysia (Muadz, Hafiz Gendang, Devotees)
HARI 4 Hari Raya Qurban Kedua- Phnom PenhBeramah mesra bersama masyarakat kampung dan mengenali budaya disana.Mukadimah kepada peserta kembara untuk berbelanja membeli cenderahati dan ole-ole dari …

Nama ku Sarah

Baru-baru ini, sewaktu program motivasi di sebuah sekolah, saya telah diamanahkan untuk mengendalikan slot Ice Breaking bersama seorang sahabat. Matlamat saya ialah mewujudkan keceriaan di kalangan adik-adik dan mengenali diri sendiri dan kawan-kawan dengan lebih baik. Itu matlamat saya.

Maka, berlangsunglah sesi Ice Breaking. Saya mulakan dengan mengenalkan diri saya.

" Nama akak Sarah. Sarah maksudnya gembira. Seerti dengan Farah." , " Wowoowooo, Farah", respon para peserta. Mereka mengajuk-mengajuk rakan mereka bernama Farah. Farah itu tersengih sahaja. saya menyambung lagi.

" Sarah ini juga nama kepada isteri nabi...nabi apa adik-adik? ". Satu dewan senyap. Tiada komen. Saya tanya lagi, " isteri nabi apa adik-adik? ". tiba-tiba, satu suara, " nabi Isa kak". Nabi ISA????? nada suara saya berubah, tanda jawapan mereka salah. " Bukanlah, nabi Musa. Nabi Musa kak". jawab seorang lagi. " NABI MUSA?????".soal saya. biar …

disebaliknya, ada rahsia yang bukan lagi rahsia

Dah lama saya tak ke ofis di Gombak. Jika pergi sebelum ini pun, hanya kerja-kerja ringan yang saya serapkan dalam kepala saya. Hari ini, saya ke sana. dan bermulalah langkah seribu... satu perjalanan kehidupan pengurusan diri

Saya hanya diberi masa tiga minggu sahaja lagi untuk menyiapkan penulisan projek Sarjana saya bagi memastikan saya boleh graduasi dengan jayanya. 3 MINGGU sahaja lagi. bukanlah satu masa yang panjang dan sudah tentu singkat. Pada masa sama, mak saya akan bertolak ke Madinah dan Makkah minggu depan, bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Oh, pasti saya amat merinduinya nanti. belum pergi pun dah rindu-rindu. Mak pernah cakap, anak-anak akn rindu kat mak bila mereka keseorangan, tetapi seorang mak , sentiasa merindui anak-anaknya.

-rahsia yang bukan lagi rahsia, dua hari lepas , sempat berprogram motivasi di Gemencheh, Negeri Sembilan.untuk pelajar lepasan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah program muhasabah. pelajar-pelajar itu belum pernah mengikuti pr…