Skip to main content

Dateline tiga serentak!


Waduh! nak mengeluh pun tak... tapi bunyinya macam mengeluh kan. Tak baik mengeluh.
Rasulullah s.a.w bersabda,: ” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sebenarnya, saya sedang sesak nafas nak menghirup udara ketenangan. Dateline bagi tiga perkara hampir tiba dan bagi saya ia adalah serentak. Kembara korban bakal kunjung tiba pada 15 hb Nov ini. Usai Kembara korban, Kem Smart Quran pula...tahun ini pelaksanaan Kem Smart Quran semakin meluas. 5 tempat menjadi pilihan.. Yang Utama di UKM, Bangi.. diikuti di Klang, UUM Sintok, UMS Kota Kinabalu dan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

Tesis saya? Oh Tuhan, hamba memohon rahmat ketengan dan kelapangan dari Mu dalam menyelesaikan tugas hamba ini. Jangkaan saya, bulan Disember ini saya akan dinilai. Kalau diikutkan, memang sudah cukup lewat bagi saya. Tetapi, itu lebih baik, dinilai daripada tak dinilai. Memang padat jadual saya. Bermula dari bulan Ramadhan yang lepas sampailah bulan satu tahun depan.

Namun, itu semua adalah cabaran. Cabaran hendak mencapai kejayaan. dan yang paling penting cabaran dalam nak mendapatkan keredhaan Allah. Sepanjang saya melalui nya, saya mula mengenal siapa kawan dan siapa lawan. Siapa yang ada potensi dan apa potensi saya juga dapat saya kenal pasti.

Syukur pada Allah s.wt sokongan dari keluarga khususnya sangat banyak membantu. Saya sokong mereka, mereka menyokong saya. Sokongan dari teman-teman rapat juga banyak membantu. Terutama Aqilah dan Dina. Walaupun dina tu jauh nuuuuu kat Perlis, tapi dia sentiasa bagi kata semangat. seorang kawan saya, Pejei namanya...juga banyak membantu saya tanpa dia sedar sebenarnya... semangat dia dalam setiap program yang saya buat, dia sentiasa sudi membantu walaupun dia tak dapat bantu. kesudian dia tu yang cukup bererti buat saya. p.s: ni kalau pejei baca ni, kembang setaman lah dia. kihkihkih.

Apapun, dateline tugas saya dah makin hampir..ada yang seronok, ada yang berdebar dan ada yang membingungkan. Lagi 33 hari lagi mak akan pulang dari Tanah Suci. Tak sabar nak jumpa mak. Semoga mak dapat haji yang mabrur.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …