Thursday, October 7, 2010

disebaliknya, ada rahsia yang bukan lagi rahsia



Dah lama saya tak ke ofis di Gombak. Jika pergi sebelum ini pun, hanya kerja-kerja ringan yang saya serapkan dalam kepala saya. Hari ini, saya ke sana. dan bermulalah langkah seribu... satu perjalanan kehidupan pengurusan diri


Saya hanya diberi masa tiga minggu sahaja lagi untuk menyiapkan penulisan projek Sarjana saya bagi memastikan saya boleh graduasi dengan jayanya. 3 MINGGU sahaja lagi. bukanlah satu masa yang panjang dan sudah tentu singkat. Pada masa sama, mak saya akan bertolak ke Madinah dan Makkah minggu depan, bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Oh, pasti saya amat merinduinya nanti. belum pergi pun dah rindu-rindu. Mak pernah cakap, anak-anak akn rindu kat mak bila mereka keseorangan, tetapi seorang mak , sentiasa merindui anak-anaknya.


-rahsia yang bukan lagi rahsia, dua hari lepas , sempat berprogram motivasi di Gemencheh, Negeri Sembilan.untuk pelajar lepasan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan adalah program muhasabah. pelajar-pelajar itu belum pernah mengikuti program muhasabah sebelum ini, maka, malam itu, memanglah satu muhasabah buat mereka. dan saya juga menangis tanpa henti. hohoho. teringat mak, abah dan adik-adik di rumah dan di universiti. cuma taklah sekuat peserta yang menangis. hehe. Mak, Sarah sentiasa merindui mak, abah dan adik-adik.-


Dalam keadaan diberi masa 3 minggu untuk menyiapkan penulisan dan analisis data, saya juga dalam proses menguruskan diri dengan lebih baik. dua program serentak sedang saya uruskan pada masa yang sama. Kembara korban 2010 juga Kem Smart Quran yang akan dilaksanakan sekembalinya pulang dari kembara nanti.


Alhamdulillah, saya masih stabil dan ok. cuma, bila mak takde di rumah nanti, kurang stabil sikit, kembali menyusun jadual diri dan adik-adik di rumah. cubaan untuk saya untuk mendidik saya menjadi anak yang soleh, bakal isteri yang solehah juga suri rumah yang berkesan. Harapnya. Insya Allah.


Kembali menyusun atur dan memastikan setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar. Dan memohon agar Allah menjadikan yang dirancang lebih lancar dengan rahmat dan kasih sayangnya.


mohon doa sahabat - sahabat agar urusan kita semua dimudahkan dan diberkati Allah hendaknya. Semoga Allah meredhai kita semua. Amin.