Skip to main content

Nama ku Sarah

Baru-baru ini, sewaktu program motivasi di sebuah sekolah, saya telah diamanahkan untuk mengendalikan slot Ice Breaking bersama seorang sahabat. Matlamat saya ialah mewujudkan keceriaan di kalangan adik-adik dan mengenali diri sendiri dan kawan-kawan dengan lebih baik. Itu matlamat saya.

Maka, berlangsunglah sesi Ice Breaking. Saya mulakan dengan mengenalkan diri saya.

" Nama akak Sarah. Sarah maksudnya gembira. Seerti dengan Farah." , " Wowoowooo, Farah", respon para peserta. Mereka mengajuk-mengajuk rakan mereka bernama Farah. Farah itu tersengih sahaja. saya menyambung lagi.

" Sarah ini juga nama kepada isteri nabi...nabi apa adik-adik? ". Satu dewan senyap. Tiada komen. Saya tanya lagi, " isteri nabi apa adik-adik? ". tiba-tiba, satu suara, " nabi Isa kak". Nabi ISA????? nada suara saya berubah, tanda jawapan mereka salah. " Bukanlah, nabi Musa. Nabi Musa kak". jawab seorang lagi. " NABI MUSA?????".soal saya. biar betul awk ni. dan saya mengalah, kerana tiada jawapan yang betul dan semuanya senyap kerana tidak tahu. dan saya menjawab , " Sarah itu isteri nabi Ibrahim adik-adik. Baru 12 tahun, baru je lepas UPSR. takkan tak ingat dah.takpe, kita masuk soalan lain."

" Sarah, isteri nabi Ibrahim. Nabi ibrahim kahwin dua. Siapakah nama isteri nabi Ibrahim yang kedua? ", soal saya.

dan jawapan yang diterima adalah seperti berikut :

1. Siti Nurhaliza
2. Sosilawati. Kahkahkah, mereka gelak.
3. Farah , sebab sama maksud dengan Sarah.
4. entah lah kak. kalau tak silap Masyitah.

Saya dan sahabat-sahabat fasi lain, terdiam dan terkejut. Komen seorang fasi, ni kena amik kelas Sirah semula ni. dengan senyum, saya menjawab, Isteri nabi Ibrahim yang kedua namanya Hajar. Nak je rasa tanya siapa nama anak Sarah dan Hajar...tapi rasanya, tak de jawapan.

Dalam hati kecil saya, apakah mereka ini buat-buat tak tahu..tapi dari air muka mereka, sememangnya mereka lupa dan tidak tahu tentang sirah Islam. Muka yang bijak dan cerdik, tapi Allah, malunya saya, kenapa mereka lupa sirah Islam itu.

Namun, bukanlah kerana kekurangan itu, saya menghakimi mereka, tetapi kekurangan itu, saya mengubah strategi penyampaian, menerangkan satu persatu dengan lebih jelas, malah ada gaya dan juga cerita. Sambil bercakap dengan mikrafon di tangan, saya senyum. Tapi, tanpa mikrafon, saya garang. hehehe. mereka banyak sangat bercakap dan suka menyalahkan orang. jenuh juga.

Sudah lama saya tidak jejak ke dunia sekolah rendah. bagi saya, kekukuhan fahaman dan ingatan terhadap sirah Islam,sebaiknya ditanam pada adik-adik di sekolah rendah lagi kerana dapat membantu teguhnya keyakinan pada kejayaan Islam. bukanlah dengan mengagung-agungkan sejarah agama lain.

Masih saya ingat lagi, sewaktu saya di darjah Tiga. Abah belikan saya satu set buku sirah nabi. Sirah yang saya paling ingat pada waktu itu adalah Nabi YUSUF. Ustaz saya bertanya, kenapa tak ingat sirah Nabi Ibrahim, kan nama awak Sarah, macam isteri nabi Ibrahim. dan saya masih ingat jawapan saya pada waktu itu, saya takut cemburu saya kuat seperti Sarah, nabi Ibrahim. dan saya tidaklah cantik seperti Sarah isteri nabi Ibrahim juga. malu, pun ada.

Ustaz pun berkata, cantik itu subjektif. ( masalahnya , darjah 3 manalah saya faham subjektif tu apa). dan ustaz menyambung lagi, tak salah cemburu. ( tapi pada waktu itu, saya dah tahu cemburu, itupun lepas baca sirah nabi Ibrahim) ...cemburu pada kebaikkan. jangan cemburu pada kejahatan.

Selepas mendengar nasihat ustaz , rasanya waktu itu saya tak berapa nak faham apa nasihat dia,cuma saya faham cemburu pada kebaikkan, maka saya pun hafal sirah nabi Ibrahim. oh, saya sangat gembira. Sehingga kini, saya masih menelaah setiap sirah nabi, kerana di situ, banyak pengajaran yang disampaikan oleh Allah swt sebagai peringatan.

Modul kem smart quran kali ini nampak gayanya ada kuiz sirah nabi.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …