Skip to main content

lawak tapi saya sangat lapar. =))

Alhamdulillah, telah seminggu kembara korban berlalu. Kali ini pengembaraan kami dari kuala Lumpur ke Siem Reap kemudian turun Ke Phnom Penh dan pulang ke Kuala Lumpur dari Phnom Penh. Pengembaraan yang penuh dengan cabaran melibatkan emosi sebenarnya. Namun semuanya berjalan lancar. Nak tahu apa pengembaraan kami ? boleh klik ini mmt Qlix: kembara Qurban 2010 dan juga Titian perjalanan.

Usai Kembara korban, sempat juga berehat sehari, terus bersiap-siap menguruskan Kem Smart Quran bagi 4 kawasan iaitu di Klang, Sabah, UKM dan Pahang. Manakala, di kawasan utara diuruskan oleh Ust Rasydan. Ini tahun pertama pelaksanaan bagi kem di negeri tertentu dan sememangnya satu cabaran bagi saya. Susah mencari orang yang mempunyai chemistry yang sesuai. Semoga dimudahkan.

Sekarang, sedang berlangsung Kem Smart Quran di Klang. Peserta nya semua lelaki. Fasinya juga lelaki. hanya pengarah nya Perempuan dan jurulatih Kem juga seorang perempuan. Saya dan Fura. Agak janggal berada dalam sebuah sekolah lelaki apabila hanya kami berdua sahaja perempuan. Tapi, Adik-adik tahfiz sangat meraikan kami. Malu juga dibuatnya, semua makanan kami dihidangkan siap. tak perlu buat apa-apa, duduk dan makan. Meraikan tetamu kata mereka. yang pasti, saya kagum dengan adik-adik tahfiz, mereka dididik meraikan orang sekitar mereka. Tanpa mengira jantina juga umur. Tidak seperti beberapa kenalan yang saya sempat saya bekerja dan bersama , mereka terlalu mengagungkan gelaran tahfiz mereka malah memandang lekeh pada yang bernama wanita (tu kalau bagi ceramah selalunya menyokong sebelah pihak je). Apapun , tahniah buat adik-adik tahfiz, pertama kali mereka menjadi fasi, tanpa sebarang pengalaman tetapi sikap keterbukaan mereka malah suka belajar memudahkan mereka menjadi seorang fasi yang baik.

Kem di Klang akan tamat pada hari Jumaat ini..dan saya akan terus berjuang di bumi negeri bawah bayu pula selepas ini. Dalam perjuangan tiada istilah kesenangan. Perut terpaksa menahan lapar, malah perlu belajar berdikari dan matang. Satu peristiwa lucu, sewaktu saya, fura dan 2 orang ustaz menemankan kami daftar masuk hotel. memandangkan asrama lelaki, jadi kami menginap diluar. Dalam perjalanan nak ke hotel, kali pertama saya tak tau kat mana dan hanya mengekori kereta ustaz, perut sangat lapar. yang kami nampak pada waktu itu dan paling mudah ialah KFC. cadang saya, lepas daftar masuk, saya nak keluar beli KFC. Saya dan fura belum makan lagi. sian juga pada fura juga saya.

punyalah jauh Hotel ( dalam 15 minit juga) ..akhirnya sampai. setelah parkir kereta, kami terus ke kaunter. tiba -tiba ust cakap : sarah, bagi IC. dan saya dengar : sarah , kat sini ada KFC. dan saya pun respon, " APA USTAZ?? ada KFC?? wow! " . tak semena-mena, si Fura gelak kuat giler, dan ustaz tu terdiam sekejap. dan dia pun menjawab : bukan, orang dalam mintak IC. oh!!! saya malu. hahaha. sangat lapar. saya terus masuk dan bagi ic. ada seorang lagi ust yg hensem telah termalu2 mendengar respon saya tadi. dan senyum tak berhenti2 pada saya. sungguh saya rasa sangat lucu tapi tak malu. sbb saya sgt lapar. haha.

Sampai di bilik, Fura gelak tak berhenti-henti, kami masuk kan barang dan terus keluar cari KFC. sampai je KFC, lampu KFC dah padam. huhu. sedih sekali. terus cari kedai makan. dan makan lah. apalagi. Lapar kan. sampai sekarang Fura akan ketawa bila dia nampak KFC.

peristiwa lucu tak berhenti di situ saja, balik dari kedai makan, kami singgah di stesyen minyak. Saya yang masih kurang sihat dan mendapat batuk yang sangat teruk, terus beli ubat batuk. Sampai di bilik, niat di hati nak makan ubat batuk... dan saya mengomel seorang diri dengan agak kuat , " cerdiknya aku ni beli ubat batuk tapi tak minta TASBIH" ... dan Fura sekali lagi gelak giler2..sebab saya nak sebut sudu tapi yang keluar dari mulut saya tasbih. Husna kata , alim giler kakak aku ni, nak makan ubat kena ada tasbih.

dan sekarang saya masih batuk lagi...cuma kekerapannya semakin berkurang. Semoga usaha menyebarkan semangat cintakan Al-Quran diberkati.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …