Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Ice Cream Cake!

Emmmm, sedapnya kek ais krim. Cerita bermula, satu hari pulang dari Kuantan, bersama-sama Ayah Tam, Mama Tam, Cinta dan teman baik saya, Fura ke Kuala Lumpur. Ayah Tam tanya, sedapnya kalau dapat makan kek ais krim...eh, bukan tanya, luahkan. dan diri ini juga....emmm teringinnya nak buat kek ais krim. Maka di situlah bermula keterujaan membuat kek aiskrim. Dan hari ini, kek aiskrim dah siap, dan sudah licin.

Beberapa hari sebelum ni, saya telah singgah di sebuah kedai kek, menikmati beberapa jenis kek (ops! banyak nye kek yang saya makan) ...ok, dengan beberapa tujuan. Sempat saya tanya, ada kek aiskrim tak... waiter tu jawab..akak, kat sini takde. kat Baskin robins adalah. ok..saya balas, dalam hati, tak bestnya kedai ni. kek aiskrim pun takde. hehehe.

Senang sahaja nak buat kek aiskrim ni... mula -mula buat Kek sponge. Mudahnya kek sponge coklat. Beli sahaja tepung campuran sponge di kedai menjual bahan-bahan kek dan biskut. Kalau di Bangi ada tiga kedai, Semuanya di Seksyen 9 : Bak…

PhD ..pencarian diri.

dalam pencarian diri ...

laporan projek penyelidikkan saya masih dalam semakan. Minggu depan sepatutnya sudah dihantar dalam keadaan sudah siap berjilid. Salah saya juga, terlewat sehari menyiapkan dan mengemaskini laporan. Sekarang tunggu respon dari penyelia sebelum dihantar untuk semakan format gaya UKM.

Namun, saya kira saya sudah selesai semuanya. yang lain-lain itu adalah perkara teknikal. Sekarang merancang untuk masa depan. Ada tiga pilihan...sambung belajar, kerja rasmi macam orang lain masuk pejabat jam 8 pagi balik jam 5 ptg atau kerja waktu sendiri sambil duit masuk sekurang-kurangnya RM 2K sebulan. Tapi pilihan ketiga tu, bukan pilihan sebenarnya sebaliknya adalah antara tanggungjawab yang wajib ditunai..cuma jumlah RM 2k tak diperolehi sebulan...secara rasmi. RM 2K setahun ya! tu mmg confirm dapatlah.

Hati saya kuat untuk sambung belajar...cuma, rakan-rakan rasa pelik, kerana keperluan menyambung belajar PhD kebiasaannya bagi mereka yang berkerjaya pensyarah atau penyelidi…

sensitif...itu yang saya dapat untuk pengembaraan Disember 2010 ini

hujung tahun sememangnya adalah waktu yang sangat padat dan penuh bagi saya semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Bermula daripada raya haji sehinggalah habis cuti sekolah akhir tahun, saya sudah ditempah! Tapi kali ini antara jadual yang penuh bagi saya, bermula dari Kemboja, seterusnya ke Klang, Sabah, singgah UKM dan akhir di Kuantan.

Dan saya bersyukur kepada Allah, atas ruang dan keizinan kesihatan yang baik yang diberikan oleh Nya sepanjang saya bertugas dalam tempoh tersebut. Selepas pulang dari Kemboja ( Kembara Korban 2010) , saya terus bertugas di Kem Smart Quran Klang selama 7 hari. Di situ bermulalah cabaran saya...saya jatuh sakit. Sungguh saya tak mampu, tapi, dengan semangat yang kuat, alhamdulillah, berjaya hingga akhirnya. oh ye, sepanjang saya sibuk selama sebulan ni, ada seorang peneman setia saya, rasa-rasa mau naik jemu dia tgk saya. haha. Apapun, terima kasih banyak pada si gadis manis itu, kerana sudi berkorban dan bersama-sama dgn saya sehingga program tamat. Bukan…