Skip to main content

Ice Cream Cake!


Emmmm, sedapnya kek ais krim. Cerita bermula, satu hari pulang dari Kuantan, bersama-sama Ayah Tam, Mama Tam, Cinta dan teman baik saya, Fura ke Kuala Lumpur. Ayah Tam tanya, sedapnya kalau dapat makan kek ais krim...eh, bukan tanya, luahkan. dan diri ini juga....emmm teringinnya nak buat kek ais krim. Maka di situlah bermula keterujaan membuat kek aiskrim. Dan hari ini, kek aiskrim dah siap, dan sudah licin.

Beberapa hari sebelum ni, saya telah singgah di sebuah kedai kek, menikmati beberapa jenis kek (ops! banyak nye kek yang saya makan) ...ok, dengan beberapa tujuan. Sempat saya tanya, ada kek aiskrim tak... waiter tu jawab..akak, kat sini takde. kat Baskin robins adalah. ok..saya balas, dalam hati, tak bestnya kedai ni. kek aiskrim pun takde. hehehe.

Senang sahaja nak buat kek aiskrim ni... mula -mula buat Kek sponge. Mudahnya kek sponge coklat. Beli sahaja tepung campuran sponge di kedai menjual bahan-bahan kek dan biskut. Kalau di Bangi ada tiga kedai, Semuanya di Seksyen 9 : Bake With Yen (sebelah restoran Mohd Chan Abdullah) , Yummie (sebelah Kedai Al-Ikhsan) dan Vanilla Pastry...sederet dengan Yummie.



Bancuh kek ikut aturan yang diberikan dan bakar. Selepas bakar, sejukkan dan potong kek kepada 2 lapis atau lebih. Sapukan setiap lapisan dengan Aiskrim Vanilla. Lagi tebal aiskrim nya lagi sedap. Saya hanya buat dua lapisan sahaja...tengah-tengah kek saya letak aiskrim tu. Kemudian bekukan kek selama 3 jam. Selepas tu barulah dihiaskan mengikut kegemaran anda. Senang kan? hehehe Banyak cara mudah nak buat kek ni... boleh tengok di you tube. macam-macam style ada.

emmmmm...sedapnya kek aiskrim. kenyang pun kenyang. senang pun senang.

Comments

Ohhh, macam ni kek aiskrim.

Kak Nabilah baru nak buat aiskrim.
Nanti buat kek la.
Pas2 besday enSuami minggu depan, jadi kek aiskrim.

hehehe.

TQ, dah dpt idea yg special.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …