Monday, December 27, 2010

Lembu Naik Bukit

‘Kaw Leng Phnom “ dalam bahasa Khemir atau dalam bahasa Melayu bermaksud Lembu Naik Bukit adalah salah satu makanan tradisi di Kemboja. Kali pertama saya menikmatinya pada tahun 2007, ketika itu saya menziarahi Tuan Mufti Kemboja di rumahnya bersama pakcik dan makcik saya. Menggunakan periuk yang berbentuk bukit dan cara masak nya juga agak unik bagi saya. Senang dan mudah. Namun, resepi yang saya dapat pada waktu itu, kurang tepat. Baru-baru ini, sewaktu kembara ke Kemboja, tempat pertama yang kami singgah ialah Siem Reap. Di Siem Reap, memang terkenal dengan lembu naik bukit. Sempat juga saya bertanyakan resepi sebenar kepada Ust Musa, Imam Wilayah Siem Reap. Malah, beliau juga mempunyai sebuah restoran Islam di sana.

Inilah periuk nya.Cara masak pun mudah. Macam Steambot.

sumber gambar: album Muhammad mt

Setibanya di Phnom Penh, sewaktu masa membeli belah, benda pertama yang saya cari ialah periuk Lembu Naik bukit. Malah, bagi, sahabat-sahabat kembara yang bertanyakan, apakah buah tangan untuk diberikan kepada ibu mereka , jawab saya, LEMBU NAIK BUKIT!!. Hehe. Oh,saya sangat gembira. Saya telah mebeli 12 set periuk Lembu Naik Bukit sehingga terpaksa menambah satu lagi beg untuk menampung barang-barang yang hendak di bawa pulang ke Malaysia. Hehehe. Tapi, 12 set, telah saya agihkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia. Nanti saya datang lagi, saya nak borong lagi. Senang nak buat majlis makan-makan. Acaranya, Lembu Naik Bukitlah. Lagipun, memasak lembu naik bukit ni mengeratkan ukhuwwah sesama ahli keluarga dan rakan-rakan,...mengelilingi periuk dan memasak bersama. Macam Steambot juga.

Ni rupa yang dah masak..daging tu dah trip ke dua...bila agak-agak masak je daging atau sayur, bawak turun ke tepi periuk..lepas tu teruskan letak daging atau sayur di atas bukit sehingga habis bahan yang hendak dimasak.

Baru-baru ni, perasaan nak tunjuk pada mak dan abah apa itu lembu naik bukit sangat tinggi. Malah, adik saya, Husna, juga beria-ia nak buat lembu naik bukit. Selalu masa bersembang. Sebut-sebut je…buatnya tak, kata mak. Maka, beberapa hari lepas, dapatlah saya memasaknya.

Bahan-bahan nya:

Daging lembu…potong nipis. Betul-betul nipis. Paling mudah batang pinang. Buang lemak ye.

Sayur –sayuran….biasanya cendawan tiram, lada benggala dan kobis panjang. Sayur disiang ikut sesuai nak mudah makan.

Marjerin dicampur dengan minyak masak.

Telur

Sos tiram

Garam.

Oh ye…PERIUK LEMBU NAIK BUKIT. Paling utama.

Cara-caranya:

Perap daging dengan telur, sos tiram dan garam selama 10 minit. Sekilo daging : 3 sudu sos tiram : 3 biji telur.

Letak periuk atas api. Bila periuk dah panas, tuankan marjerin+ minyak masak atas bukit periuk. Siramkan ke seluruh periuk..sesudu demi sesudu. Agak-agak minyak dah panas, tuangkan daging lembu ke atas bukit. Biarkan dia atas bukit selama 3 minit, lepas tu, terbalik-balikkan daging lembu atas bukit tu juga. Jangan biarkan kering. Sentiasa limpahkan minyak dan marjerin. Jaga-jaga..jangan bagi hangit. Hangit bukan pada daging, tapi hangit pada periuk.

Agak-agak dah masak daging tu, turunkan daging ke tepi periuk, dan letak sayur pula. Masa letak sayur ni, tak perlu tuangkan minyak. Gaul-gaul. Sampai layu. Lepas tu angkat dan boleh dimakan. Oh ye, daging tadi tu, diletak kat tepi periuk tu utk digaringkan dengan rendaman minyak yang dilimpahkan dari bukit.tak perlu lama. Sekejap sudah ok. Lepas tu boleh makan.

Biasanya, daging dicicah dengan sos lada hitam atau cili sos. Ikut yang anda suka. Saya pula…campurkan sos cili, sos tomato dan mayonis..jadilah thousand island sos…dan itulah pencicah kami. Selamat mencuba dan menjamu selera.

No comments: