Skip to main content

PhD ..pencarian diri.


dalam pencarian diri ...

laporan projek penyelidikkan saya masih dalam semakan. Minggu depan sepatutnya sudah dihantar dalam keadaan sudah siap berjilid. Salah saya juga, terlewat sehari menyiapkan dan mengemaskini laporan. Sekarang tunggu respon dari penyelia sebelum dihantar untuk semakan format gaya UKM.

Namun, saya kira saya sudah selesai semuanya. yang lain-lain itu adalah perkara teknikal. Sekarang merancang untuk masa depan. Ada tiga pilihan...sambung belajar, kerja rasmi macam orang lain masuk pejabat jam 8 pagi balik jam 5 ptg atau kerja waktu sendiri sambil duit masuk sekurang-kurangnya RM 2K sebulan. Tapi pilihan ketiga tu, bukan pilihan sebenarnya sebaliknya adalah antara tanggungjawab yang wajib ditunai..cuma jumlah RM 2k tak diperolehi sebulan...secara rasmi. RM 2K setahun ya! tu mmg confirm dapatlah.

Hati saya kuat untuk sambung belajar...cuma, rakan-rakan rasa pelik, kerana keperluan menyambung belajar PhD kebiasaannya bagi mereka yang berkerjaya pensyarah atau penyelidik. Saya ???? Pensyarah tak..tapi boleh tahan lah selalu bagi ceramah, penyelidik pun tak..tapi ayah saya penyelidik... sebaliknya, duduk rumah, buat biskut, buat kek, masak-masak, jual-jual...motivator. Di mana kah keperluan PhD dalam keadaan saya?

Bukan setakat itu, malah, saya turut dinasihatkan untuk tidak menyambung agar orang lelaki tidak takut pada saya. Ohw.bila aku dengar nasihat ni terus membuak-buak perasaan aku nak menyambung. hahaha. Silap oranglah bagi nasihat begitu...bukankah dah termaktub, lahirnya kita di dunia, sudah ditentukan rezeki nya bagaimana, jodohnya dengan siapa, matinya bila dan macam mana. Tapi ditambah doa agar rezekinya lebih luas dan mudah, agar jodohnya lebih hensem dan terbaik untuk dunia dan akhirat dan matinya di Jalan Allah dan baik serta disenangani. maka, sambung belajar lah..respon saya pada tukang nasihat itu kerana nasihat yang kurang yakin terhadap janji Allah.

Saya masih tercari-cari nak khususkan bahagian mana kajian saya..tapi, saya tak tahu tekniknya..bila nak cerita kat orang, susah juga saya nak sampaikan..kadang kala nak mencari ayat yang sesuai untuk menjelaskkan keadaan saya bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya. tapi, dari malu kena hentam ..tak kemana..biar kena hentam tapi dapat isinya. Dan hari ini, saya jumpa jalannya, walau berterabur saya menjelaskan keadaan saya, tetapi Si Puan itu memahaminya..dia menerangkan caranya.dan saya mengubah kepada persepktif saya,oh! saya sudah berjaya memahami apa keperluan saya!

Gayanya...macam sambung belajar lah pilihannya. Namun, selagi tidak berdaftar, saya masih sempat mengubah pilihan. tapi...seronoknya nye sambung belajar ni...bukan Penyakit Hasad Dengki..tapi Pencarian Hak Diri. ( boleh tak cik na? ) ... apapun proses pembelajaran bukanlah terletak pada Panggilan atau pangkat yang bakal diperoleh..tapi pada proses pencarian diri dan kehidupan untuk lebih dekat kepada maha Pencipta.

Comments

tokjeng said…
Sambung jangan tak sambung.. bagus belajr tinggi-tinggi nih.. :)
Sarah Azizul said…
abg razin, terima kasih atas sokongan. semangat nih!!
tokjeng said…
Gambate kudasai! Abg pun kalau boleh nak sambung gak.. doakan yer..
Sarah Azizul said…
Insya Allah. Moga Allah mudahkan urusan abg juga. Amin ya Allah.

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…