Skip to main content

sensitif...itu yang saya dapat untuk pengembaraan Disember 2010 ini

hujung tahun sememangnya adalah waktu yang sangat padat dan penuh bagi saya semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Bermula daripada raya haji sehinggalah habis cuti sekolah akhir tahun, saya sudah ditempah! Tapi kali ini antara jadual yang penuh bagi saya, bermula dari Kemboja, seterusnya ke Klang, Sabah, singgah UKM dan akhir di Kuantan.

Dan saya bersyukur kepada Allah, atas ruang dan keizinan kesihatan yang baik yang diberikan oleh Nya sepanjang saya bertugas dalam tempoh tersebut. Selepas pulang dari Kemboja ( Kembara Korban 2010) , saya terus bertugas di Kem Smart Quran Klang selama 7 hari. Di situ bermulalah cabaran saya...saya jatuh sakit. Sungguh saya tak mampu, tapi, dengan semangat yang kuat, alhamdulillah, berjaya hingga akhirnya. oh ye, sepanjang saya sibuk selama sebulan ni, ada seorang peneman setia saya, rasa-rasa mau naik jemu dia tgk saya. haha. Apapun, terima kasih banyak pada si gadis manis itu, kerana sudi berkorban dan bersama-sama dgn saya sehingga program tamat. Bukan itu sahaja, malah melayan sakit dan kerenah saya. hehe. Love U adik manis!

Perjalanan perlu diteruskan. sakit mana pun , itu adalah ujian dari Allah. dan Allah menguji hamba- hamba yang mengasihiNya. Sepanjang perjalanan saya dalam sebulan ini, banyak perkara yang saya peroleh dan saya analisis satu persatu ...muhasabah untuk kepentingan masa depan dan paling penting agar mendapat keredhaan Allah.

Bukan senang sebenarnya berada dalam sektor perkhidmatan...kerana orang -orang yang berada dalamnya perlu sentiasa bersedia dengan jangkaan pelanggan. Jujur saya katakan, berada dalam dunia motivasi dan latihan, adalah satu dunia yang melatih diri untuk lebih berakhlak, matang dan yang pasti lebih bertanggungjawab. Bertanggungjawab itu bukan hanya pada kerja tapi juga sensitiviti pada sekeliling kita.

sektor industri sering merungut graduan-graduan yang keluar pada masa kini adalah graduan yang kurang sensitiviti. Kerana itu, isu pengangguran tidak pernah habis. permintaan sekarang ialah yang sensitif pada persekitaran. Paling mudah, dalam membuat sesutu keputusan, perlu pertimbangkan keselamatan, kemungkinan , keselesaan dan keperluan mereka-mereka yang terlibat. Namun, trend kini, mereka lebih memikirkan kemudahan dan keselesaan mereka berbanding orang yang terlibat dalam keputusan mereka. Mana lah industri tak merungut, saya pun merungut juga. Kerana, silap pilih orang, duit terbuang begitu sahaja, tenaga terpaksa guna berlebihan, masa membazir dan yang paling utama, sakit hati. Graduan atau bukan graduan , tak kisahlah sesiapa sahaja,, pandang-pandang lah kiri kanan depan belakang kita, kerana setiap nya terlibat dalam kehidupan kita.

Pakcik saya telah memberikan satu cara untuk mengatasi masalah mereka yang kurang sensitif ini iaitu kahwin dan ada anak. Baru lah mereka akan sedar. Tapi yang tak sedar tu, tak sedar juga. Barangkali, ada penghalangnya. Apapun, semoga Allah meredhai semua . dan teruskan berjuang!

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …