Skip to main content

ke Beijing , aku kurang pengetahuan sejarah tapi syukurlah ku bawa ibu yang tahu sejarah

"Can you speak Chinese? ", tanya budak lelaki di depan saya. Ketika itu, kami sedang menanti persembahan Akrobatik China (wajib tonton). "No, I Can't. where are you come from? ", balas saya. respon budak itu, "can you speak chinese?". Saya pandang Aqilah, dan begitu juga Aqilah, dia memandang saya. Tak faham agaknya budak ni, getus hati kecil saya. Rupa-rupanya, mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Malaysia. Dan dia tertarik dengan kami kerana mendengar perbualan kami. Kami mengambil peluang yang ada untuk bersembang dengan mereka, secara tidak langsung memperkenalkan Malaysia. Bila bersembang, yang mereka tahu, Indonesia dan Singapura. oh, sangat jenuh untuk becerita. Lepas ni, saya nak bawak peta dunia.bila jumpa orang mcm ni, boleh tunjuk kat mana Malaysia. Tetapi salah seoarng dari mereka pernah sampai ke Johor. Saya dan Aqilah menjerit, hah! Johor tu Malaysia lah. oh, kata kawan budak lelaki itu. dan mereka masih keliru ...tentang Malaysia. Apapun kami bangga kami anak Malaysia.

nak tonton persembahan akrobatik Minum teh gaya china


saya dan Aqilah di kota larangan

Negara China sangat besar. jumlah penduduk negeri Beijing sahaja hampir menyamai jumlah penduduk negara Malaysia. Tidak peliklah jika ada antara rakyat Tanah Besar China tidak tahu Malaysia itu di mana...kerana, negara mereka sendiri tidak habis diselongkarnya.

Perjalanan ke Beijing kali ini adalah inisiatif saya sendiri. Selama 4 bulan saya mengumpul duit untuk pengembaraan ini. Terdetik di hati untuk berjalan melangkaui negara Asia Tenggara. Alhamdulillah, Allah makbulkan hasrat saya..malah memudahkan dan memberikan kebahagiaan yang cukup bermakna dalam pengembaraan kali ini. Ibu bapa saya dan sahabat baik saya , Aqilah Ahamd Rostam menyertai pengembaraan ini bersama. Syakirah, sepupu saya juga turut serta mengenali dunia luar. Saya sangat bersyukur ibu bapa saya pergi bersama...banyak sejarah yang saya tak tahu, aqilah tak tahu, syakirah tak tahu...tapi mereka berdua tahu, dan mereka ceritakan pada kami, kerana pemandu pelancong kami PASTI tidak menceritakan sejarah itu pada kami.

Umumnya, apabila bercuti ke Beijing, Kerajaan China telah menetapkan tempat-tempat tertentu untuk dilawati oleh para Pelancong malah tempat membeli belah juga khas untuk pelancong. Antara tempat yang kami lawati bermula di Dataran Tian Men, Kota Larangan, Foot Massage,Kilang sutera, Kilang Jed,kilang kristal,kilang Tembaga/tembikar, Tembok Cina, Kilang Krim terbakar, Kilang mutiara, Summer Palace, Kedai Teh, Stadium Bird's Nest, Ice Cube , Kedai pemata dan akhirnya tempat membeli belah untuk Pelancong. Tiada apa barang sangat yang dapat dibeli sebagai barang hiasan atau cenderahati untuk kawan-kawan, kerana kebanyakkan tempat barang yang dijual agak mahal untuk dijadikan cenderahati dan yang pasti untuk kegunaan sendiri. Tetapi, pengalaman yang diperoleh sangat-sangat bererti dan bermakna.


atas tembok china




mak di dataran Tiananmen...dataran berdarah

Yang paling saya terasa, semasa berada di Dataran Tiananmen. Tiba di sana, ada banyak polis, selain itu, nak masuk ke dataran tu kena melalui kawalan keselamatan dulu. Saya memang tak faham ... sebab apa yang ada di dataran ni..hanya sekadar dataran. Malah, pemandu pelancong kami, John, hanya bercerita tentang Mao Zi Tong, pengasas Kerajaan komunis dan betapa diagung-agungkan Mao Zi Tong itu. malah untuk melihat mayatnya perlu beratur selama 2 jam. Itu saja maklumat yang saya dapat..selain itu, Bendera negara China yang tertinggi dan terbesar di negara China, kawad pasang naikkan dan turunkan bendera serta bangunan-bangunan muzium yang terdapat di sekitar dataran tersebut. saya terasa malu, sebab saya hadir tanpa maklumat kurangnya ilmu...rupanya ada peristiwa berdarah di dataran ini.

Mak memulakan cerita: Ada satu demonstrasi telah dilakukan oleh pelajar universiti menuntut pentadbiran negara membuka hubungan dgn negara luar. Terlalu ramai sangat yang berdemo, hingga mereka tidak mampu nak kawal...maka ramai yang mati ditembak. Sangat ramai..dan di tiang tu lah yang paling ramai sekali. Ketua demo lari ke Amerika, sebab tu mereka ada kawalan keselamatan, takut dia datang dan buat lagi. dan sejarah ini tidak diceritakan oleh John ..saya tanya mak, kenapa? sebab mereka percaya penceritaan sejarah yang buruk akan mengulang peristiwa buruk semula.


Mak dan Abah saya..atas tembok Cina.

selain pemandangan yang cantik....dan Subhanallah..maha suci Allah. Keindahan yang sungguh menakjubkan dan cuaca yang sungguh menyamankan serta membekukan. Saya juga melihat dan belajar... perbezaan taraf rakyat yang sangat ketara. di tengah-tengah kota ...penduduk yang miskin dan sederhana dipisahkan dengan tembok dan pokok2 untuk tidak menampakkan keadaan sebenar rakyatnya. Malah sewa rumah nya yang sangat melampau2...bagi saya ..bila dibandingkan dengan Malaysia. John bercerita, rumah yang dia sewa, satu bilik, satu bilik air, satu dapur dan ruang tamu harganya RM1700.00 sebulan. bayangkan...kalau kerja dengan kerajaan , gaji sebulan RM 1000.00. John juga bercerita, untuk sekolahkan anak-anak, mereka hantar ke kampung kerana tidak mampu menanggung kos persekolahan di kota. Sekolah di Kota beijing, bagi anak-anak yang ibu bapanya rakyat Beijing sepenuhnya...murahlah. jika bukan rakyat Bejing, dari negeri lain..bukan negara ya. negeri... mereka perlu membayar 3 kali ganda yuran pengajian sekolah anak mereka. mahalkan ? ish-ish. saya terdiam..satu bas terdiam. tidak ramai di kalangan mereka mahir berbahasa inggeris. malah yang berniaga sentiasa membawa kalkulator untuk berbincang harga. dan selebihnya bahasa isyarat lah. Nak tanya tandas di mana pun susah. huhuhu. saya hanya tahu beberapa perkataan mandarin sahaja...terima kasih, tak nak, betul-betul. dan apa khabar, baik!


syakirah, sarah dan aqilah!

Inilah pengembaraan ke Beijing..pertama kali menikmati Musim sejuk. sangat sejuk...-6 degree celcius dan kadangkala -9 degree celcius. tapi makcik saya kata..oh, tak sejuk sangat tu, sebab masa dia belajar dulu di US, -40 degree celcius. uhuk! takpe..janji, merasa jugak musim sejuk. hehe.

Comments

Farid Albariti said…
memang seronok rupanya... Bagus2.. :-)

Memang China banyak sejarah, dari zaman dinasti sehingga ke zaman komunis, dan kini sebagai kuasa yang sebenrnya sudah jauh lebih besar daripada US, setuju tak?? :-)
Sarah Azizul said…
mestilah seronok farid. hehe. tak caya, tanya ust salim..hahaha. bertumbuk dan bertahan berperang harga. haha.

setuju!.saya juga perlahan-lahan menganalisis keadaan yang berlaku...semasa jual beli, mereka minta ringgit..ish rugi lah. tp USD ok. sebab tukaran USD dgn Yuan dbandingkan USD dgn Ringgit, nilainya sama...tapiYuan dgn Ringgit...fuh! jauh bezanya..RM3. maka, kuasa US semakin kecil. haha. (tak bagus betul perbandingan ni) kuasa Malaysia semakin besar sikit sbb ringgit mahal. haha.

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …