Skip to main content

memori : pizza ni lah paling sedap

sumber gambar : www.tasteofhome.com

saya masih ingat lagi, waktu itu di rumah sewa kami di Taman Sri Serdang. Usia saya pada waktu itu 5 tahun. seingat saya pada waktu itu, ada majlis di rumah kami, tapi tak pasti sempena apa..yang pasti atas meja, ada kek, bihun goreng dan paling istimewa ada pizza. rasanya macam menyambut birthday seseorang..tapi tak pasti siapa. yang hadir pun pada waktu itu adalah adik beradik mak dan beberapa orang adik beradik abah. Opah pun ada.

yang menjadi memori adalah pizza tersebut. pizza yang saya nampak di atas meja tu. Mak saya kata, pizza ni lah yang paling sedap... dan saya masih ingat, waktu itu, saya di dapur..menengok mak sediakan pizza. Rasanya saya tak jaga adik-adik sebab makcik dan pakcik ada. (keh keh keh) Mak saya kata kekuatan pizza terletak pada sosnya...cara nak buat sos tu yang paling penting. Masa saya tengok tu, waktu tu mak tengah masak sos pizza. dan mak sebut...sos ni lah paling sedap. hahaha. sampai sekarang, tekak saya tetap kata pizza yang saya makan masa usia 5 tahun itulah pizza yang paling sedap.

Baru-baru ni, saya sembang dengan mak..saya nak buat pizza..maka, mengimbas kembali kenangan ini, dan saya kata pada mak, pizza tu lah yang paling sedap..sebab mak cakap.hahaha. Komen mak...memang pun, sebab sos tu sesuai dengan tekak melayu. Macam speghetti yang ngko masak tu...kan tekak melayu. Tak jemu makan. Cuma, tak silap saya, sekali tu jelah kami buat pizza. Dan semenjak itulah, segala apa yang saya nak makan seperti pizza dan kek, semua kena buat sendiri. yang boleh makan kat kedai hanya KFC je. hahaha. tapi, itu semua memori. dan tersemat kemas di dalam ingatan ini.

satu lumrah, masakan yang pailng sedap adalah masakan mak kita..walaupun dia masakan telur goreng mata kerbau...tapi kerana mak kita yang masak , itulah yang paling sedap. Halusnya kesenian kaedah mendidik ini, kita tidak sedar... kini, ramai pasangan mengambil mudah tentang aktiviti masak-memasak di rumah. sedangkan kesannya sangat besar kepada anak-anak kita. Tidak mengapa tidak pandai masak, tapi berusaha lah..sekurang-kurangnya yang paling asas, agar anak -anak sentiasa mengingati kita. Kadangakala, bancuhan horlicks atau koko panas yang kita buat untuk mereka...juga satu kenangan indah buat mereka. dan itulah antara pengikat kasih sayang kerana keikhlasan kita menyediakan makanan untuk mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …