Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Photoshoot...tanda kami mengorak langkah.

6 Feb 2011 lepas, saya telah hadir ke Bengkel Penjenamaan dan pemasaran oleh Osman Affan, Smart Study di Setiawangsa. Turut bersama saya, tentunya mak saya bersama-sama menimba ilmu dan berkongsi pengalaman.

Cakelets..saya suka padanya!

Inilah hasil cakelets saya.
Cakelets ini saya difahamkan masih baru di Malaysia. Kek kecil...lebih besar dari cupcakes lebih kecil dari kek biasa..dihias dan dibentuk dengan pelbagai rupa yang sangat menarik. Rasanya? bergantung kepada kek yang digunakan... jika keknya sedap, maka sedaplah cakeltes. Jika kurang, terpulang... yang pasti, rupanya sangat menawan.
Baru-baru ini, saya berkesempatan mempelajarinya di Sugarflours, Bandar Baru Bangi. Sekali kelas RM250.00 dari jam 10.30 pagi hingga 2.30 ptg. Banyak juga kelas yang ditawarkan selain cakelets malah kelas masak-masak untuk anak-anak pun ada. boleh layari www.sugarflours.com
Sepanjang kelas berlangsung, saya SANGAT -SANGAT teruja. sebelum ini saya pernah pelajari membuat fondant tetapi fondantnya semakin lama semakin keras..itu takpe lagi, tapi memerlukan tenaga yang cukup hebat dan kuat untuk mengerjakan fondant tersebut. Jujurnya, tak mampu nak kerjakan fondant tu. Apabila saya menyertai kelas ni, mereka turut memberi resepi fonda…

Nasi Lemak Maini - sedap!!!

Kampung abah di Lenggeng, Negeri Sembilan. Tak jauh dari rumah kami di Sg Ramal Dalam, Kajang. 45 minit sahaja ke sana. Hobi abah berkebun, setiap kali habis kerja jam 5 ptg, dari pejabatnya di Serdang, dia akan terus ke kampung..untuk berkebun. Jam 10 malam baru pulang ke rumah..selepas solat Isya' di kampung. Itulah rutin hariannya. Hujung minggu pula, pagi-pagi..jam 7 dah pulang ke kampung. Sebab nak sarapan di kampung...di kedai kopi Maini. Org kampung panggil kedai Tokey. dan adalah satu kewajipan, abah akan bawak pulang nasi lemak maini sekurang-kurangnya 10 bungkus. Itupun kalau ada..sebab nasi lemak Maini..memang "PANAS". Kalah pisang goreng panas.

Sekarang, anak -anak abah dah besar..maka, nasi lemak semakin berganda bilangannya..kena bawak balik 20 bungkus. Nak - nak pula, seorang anak dara abah tu, sekali makan 4 bungkus. Hanya Nasi lemak maini je dia makan banyak tu..kalau nasi lemak lain, setengah bungkus. Nasi lemak maini bukan sahaja terkenal di kalangan ka…

Berjalan Tanpa Henti

Kembara korban 2010 yang lepas, mereka telah melancarkan Album Berjalan Tanpa Henti malah 3 buah lagu mereka dendangkan dari album baru mereka pada waktu itu. Sungguh eksklusif kerana hanya untuk peserta kembara korban 2010. Buat pula kat dewan yang sangat cantik... Sebenarnya majlis makan malam pada malam itu, bukan sahaja untuk pelancaran album baru Berjalan Tanpa Henti, malah untuk meraikan imam-imam wilayah di keseluruhan Kemboja untuk menikmati makanan bersama juga perbincangan tentang perkembangan umat Islam sesama mereka.

Saya sendiri tak sempat nak jumpa beberapa orang imam yang saya kenali sepanjang pengembaraan saya ke Kemboja selama 4 tahun. tapi ada antara mereka juga tidak hadir. Semasa mereka, Devotees nama kumpulan ni, menyampaikan lagu-lagu baru mereka, lagu yang paling saya suka... Hadirnya Cahaya S.A.W. Bukan sahaja lirik dan lagu yang mantap, malah penyampaiannya benar-benar di hayati. Tahniah kepada komposer lagu dan liriknya , Abd Halim Ahmad, yang juga salah seora…