Skip to main content

Berjalan Tanpa Henti

Kembara korban 2010 yang lepas, mereka telah melancarkan Album Berjalan Tanpa Henti malah 3 buah lagu mereka dendangkan dari album baru mereka pada waktu itu. Sungguh eksklusif kerana hanya untuk peserta kembara korban 2010. Buat pula kat dewan yang sangat cantik... Sebenarnya majlis makan malam pada malam itu, bukan sahaja untuk pelancaran album baru Berjalan Tanpa Henti, malah untuk meraikan imam-imam wilayah di keseluruhan Kemboja untuk menikmati makanan bersama juga perbincangan tentang perkembangan umat Islam sesama mereka.

Saya sendiri tak sempat nak jumpa beberapa orang imam yang saya kenali sepanjang pengembaraan saya ke Kemboja selama 4 tahun. tapi ada antara mereka juga tidak hadir. Semasa mereka, Devotees nama kumpulan ni, menyampaikan lagu-lagu baru mereka, lagu yang paling saya suka... Hadirnya Cahaya S.A.W. Bukan sahaja lirik dan lagu yang mantap, malah penyampaiannya benar-benar di hayati. Tahniah kepada komposer lagu dan liriknya , Abd Halim Ahmad, yang juga salah seorang ahli kumpulan ini.

Insya Allah, album bakal keluar..eh, bukan..dah nak keluar dah.. bulan ni..Februari. Untuk mendapatkannya segera, boleh beli secara online di sini ... e-bazaar. Kira, masa baru nak agih-agihkan kat kedai ..korang tengah sedap mendengarnya di dalam kereta, di rumah dan juga di mana-mana. Bagi saya, berbaloi untuk mendapatkan album ni. Malah album kali ini, berkonsepkan ketuhanan, muhasabah dan motivasi. Walaupun Devotees sering dikaitkan dengan lagu cinta sebagaimana dalam album yang lepas, tapi penampilan album kali ini cukup berbeza. Malah sangat segar. Tapi ada juga kurangnya...banyak sangat lah pulak track lagu Bersama. Lagu Bersama memang sangat mantap... tak peliklah jika mereka pertaruhkan keberanian dengan menyertakan 3 track dalam album kali ini..dengan versi yang berbeza. Apapun, tak rugi untuk mendapatkannya.

ok, maka dengarkan promo Album Berjalan Tanpa Henti. Percayalah, anda pasti menyukainya!! Saya jamin anda pasti jatuh cinta!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…