Saturday, February 19, 2011

Cakelets..saya suka padanya!

Inilah hasil cakelets saya.

Cakelets ini saya difahamkan masih baru di Malaysia. Kek kecil...lebih besar dari cupcakes lebih kecil dari kek biasa..dihias dan dibentuk dengan pelbagai rupa yang sangat menarik. Rasanya? bergantung kepada kek yang digunakan... jika keknya sedap, maka sedaplah cakeltes. Jika kurang, terpulang... yang pasti, rupanya sangat menawan.

Baru-baru ini, saya berkesempatan mempelajarinya di Sugarflours, Bandar Baru Bangi. Sekali kelas RM250.00 dari jam 10.30 pagi hingga 2.30 ptg. Banyak juga kelas yang ditawarkan selain cakelets malah kelas masak-masak untuk anak-anak pun ada. boleh layari www.sugarflours.com

Sepanjang kelas berlangsung, saya SANGAT -SANGAT teruja. sebelum ini saya pernah pelajari membuat fondant tetapi fondantnya semakin lama semakin keras..itu takpe lagi, tapi memerlukan tenaga yang cukup hebat dan kuat untuk mengerjakan fondant tersebut. Jujurnya, tak mampu nak kerjakan fondant tu. Apabila saya menyertai kelas ni, mereka turut memberi resepi fondant dan fondant mereka sangat BEST!! lembut semasa mengerjakannya malah tak banyak tenaga semasa menguruskan fondant itu. oh bahagia.

Cakelets ini sangat menarik untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang anda inginkan. Yang pasti, orang yang menerimanya pasti sangat teruja malah akan lebih menghargai anda...seperti kata kawan saya, terkenang-kenang dibuatnya.

Apapun, seronok menghadiri kelas seperti ini, malah menambah kemahiran yang sedia ada. Berminat untuk mendapatkan cakelets? boleh hubungi saya. =) oh! saya suka cakelets!

No comments: