Skip to main content

Nasi Lemak Maini - sedap!!!

Kampung abah di Lenggeng, Negeri Sembilan. Tak jauh dari rumah kami di Sg Ramal Dalam, Kajang. 45 minit sahaja ke sana. Hobi abah berkebun, setiap kali habis kerja jam 5 ptg, dari pejabatnya di Serdang, dia akan terus ke kampung..untuk berkebun. Jam 10 malam baru pulang ke rumah..selepas solat Isya' di kampung. Itulah rutin hariannya. Hujung minggu pula, pagi-pagi..jam 7 dah pulang ke kampung. Sebab nak sarapan di kampung...di kedai kopi Maini. Org kampung panggil kedai Tokey. dan adalah satu kewajipan, abah akan bawak pulang nasi lemak maini sekurang-kurangnya 10 bungkus. Itupun kalau ada..sebab nasi lemak Maini..memang "PANAS". Kalah pisang goreng panas.

Sekarang, anak -anak abah dah besar..maka, nasi lemak semakin berganda bilangannya..kena bawak balik 20 bungkus. Nak - nak pula, seorang anak dara abah tu, sekali makan 4 bungkus. Hanya Nasi lemak maini je dia makan banyak tu..kalau nasi lemak lain, setengah bungkus. Nasi lemak maini bukan sahaja terkenal di kalangan kami adik beradik, sepupu-sepupu, orang kampung... malah sampai ke Kolumpo. Tapi kena dapatkan kat kedai kopi Maini je..sebab dia tak eksport ke mana-mana. Memang eksklusif lah.


Mak, Inspira, Abah...di depan kedai kopi Maini

Ada satu waktu, tahun lepas ..kami sekeluarga bersiap-siap memasak untuk rumah terbuka aidilfitri, Abah pulang ke kampung sekejap, nak bagi ikan ternakan makan. Bila dia pulang ke rumah, abah bawak balik , 15 bungkus nasi lemak maini... yang tengah masak, tengah mengemas, tengah membebel..semua berhenti..dan berlari dapatkan nasi lemak maini. Siapa cepat , dia dapat makan lebih dari satu. Waktu tu, cik me sekeluarga dah sampai rumah... lepak-lepak sementara menanti rumah terbuka dibuka. Terkejut c.me, melihat semua orang begitu..dia tanya," bapak ko bawak balik nasi lemak je kan? special sangat ke sampai semua berhenti buat kerja?" ... jawab aku, " nasi lemak ni nasi lemak Maini.. sangat sedap. sekali makan nak lagi.cik Me nak? " .. takpelah,cik me dah kenyang, balas cik Me.Tiba-tiba.."ada lebih tak? cik Me nak satu. " hehehehe. sedap kan?..memang sedap lah.



inilah antara anak dara abah.. peminat ekstrem nasi lemak maini


Nasi Lemak Maini

Nasi lemak ni lain dari yang lain. Dalam satu hidangan hanya ada, nasi yang tak berapa lemak, ikan keli dan sambalnya. Ada beberapa jenis nasi lemak Maini...

1. Sambal Goreng Berlado ( Ikan keli goreng garing dan disambalkan)
2. Gulai ( gulai keli / ikan keli masak lemak)
3. Tumis ( sambal tumis ikan bilis)

Tapi yang paling sedap... Sambal Goreng Berlado lah. Ikan Keli digoreng garing dan rangup. sambal nya pula sangat sesuai dengan ikannya malah sangat serasi dengan nasi lemaknya. Memang UMPH!!! tapi, yang gulai pun sedap..kurang pedas..tapi nikmat. Sambal tumis macam nasi lemak biasa..keluarga kami kurang minat.

Bagi peminat Ikan Keli dan masakan kampung, adalah sangat merugikan jika anda tidak cuba menikmati nasi lemak Maini. Sebenarnya, Maini tu nama Tokey kedai..Harmaini namanya. Tqpi, mudahkan.. nasi lemak maini. Sebungkus RM 0.80 je. Biasanya orang makan dua bungkus..tapi peminat ekstremmm akan makan sekali 4 bungkus terus.



Nasi lemak Maini : sambal goreng Berlado

Pernah sekali, saya bawak teman baik saya menikmati nasi lemak Maini..dan dia memang menggemari Ikan Keli. Kami semua amik dua bungkus seoarng. Dia ambil sebungkus dulu..nak rasa. Mak pesan, ambil dua. nanti habis. Takpelah..katanya. Lepas kami ambil..pelanggan lain datang,habislah. Dan teman baik saya tetap makan sebungkus je. Pulang ke Kajang, dia bisik..sedap. sebenarnya nak makan dua atau lebih, tapi malu. Hahaha. Mak jawab, kalau Malu, rugilah..tak dapat makan lebih.

Saiz nasi lemak Maini sebesar penumbuk tangan je.Tangan Perempuan.. tak pelik kalau makan dua bungkus.. sebab semua orang ambil dua bungkus. heheh.

Jadi, jika anda berpeluang dan ada masa, datanglah bersarapan di Kedai kopi Maini, Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan. sempadan Beranang, Selangor. oh ye.. tiada sign board. kerana kedai nya sangat klasik. tetap kedai kopi. selamat mencuba dan selamat menikmati.


Inilah Kedai kopi Maini..nasi lemak maini hanya boleh diperoleh di sini

Comments

sofialwani said…
Nak balik makan ='(

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …