Saturday, February 19, 2011

Photoshoot...tanda kami mengorak langkah.



6 Feb 2011 lepas, saya telah hadir ke Bengkel Penjenamaan dan pemasaran oleh Osman Affan, Smart Study di Setiawangsa. Turut bersama saya, tentunya mak saya bersama-sama menimba ilmu dan berkongsi pengalaman.



Banyak perkara yang dikongsi oleh En Osman antaranya gambar. sebagai contoh, syarikat saya, Zaisara enterprise. Kami menjual pelbagai jenis biskut di bawah jenama Zaisara. tetapi orang tidak tahu Zaisara itu...dan pasti Zaisara itu nama orang. Malah web kami beralamat Zaisara.com bukan biskutzaisara.com ke biskut ape-ape ke dan seangkatan dengannya yang boleh menyebabkan orang tidak menyangka Zaisara rupanya menjual biskut. Malah kaitan Zaisara dengan biskut tidak kami ceritakan di web kami.

Selain itu juga, En Osman berkongsi bagaimana memilih nama alamat web agar mudah para pelanggan mengingatinya dan mencapainya. Dan beliau berpandangan agar tidak menggunakan perkhidmatan percuma di internet sebagai web kerana ia menunjukkan kredibiliti sesebuah perniagaan. Syukurlah Zaisara.com senang disebut. hehe. Banyak lagi perkara yang dikongsi tetapi yang utama adalah gambar bagi saya.

Maka, balik sahaja dari bengkel pemasaran tersebut, saya terus mencari kedai atau studio yang menyediakan perkhidmatan studio photoshoot yang murah dan di kawasan Bandar Baru Bangi. ingat, MURAH dan BerKUALITI. Akhirnya pencarian saya membawa kepada Memorica yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Murah kerana 1/2 jam RM99. Puas hati sebab Abang Faiz, jurugambar berkenaan memeberi tunjuk ajar bagaimana menghasilkan pose yang menarik dan mengekspreskan matlamat kami melalui gambar. Bahasa badan tidak boleh menipu, itu yang saya pegang dan saya percaya. Maka, gambar mampu menjelaskannya.

Meletakkan gambar kami ( pengurusan Zaisara) di web adalah satu langkah berani bagi kami kerana ia mempersembahkan keberanian kami menonjolkan diri dalam industri biskut. Lepas ni, kalau orang kutuk...orang tahulah siapa yang hendak dikutuk. No Problem! Berniaga perlukan keberanian. Selain itu, menjelaskan siapakah Zaisara dan memperkenalkan keluarga Zaisara yang penuh ceria...seperti biskut-biskutnya. =)

Semoga Zaisara bertambah maju dan doakan kejayaan kami memperkembangkan industri biskut yang ikhlas, suci dan murni tulus dari hati. =)


No comments: