Skip to main content

angan-angan : Buku resepi

Tak pernah saya berangan-angan untuk menulis buku resepi. Saya suka memasak dan sangat sabar dalam bidang masakan untuk menguasainya. Bidang yang sangat luas...dan masakan bagi saya memainkan peranan besar dalam setiap kita. Tanpa makanan, kita lapar..atau kelaparan. Dengan makanan, mampu menceriakan diri kita malah orang sekitar kita dan mampu menggembirakan mereka yang tidak pernah kita kenali dan itulah Ukhuwwah. Itu makanan. Masakan macam mana pula?



bagi saya, masakan adalah satu seni yang mampu menguasai hati seseorang. Yang pasti masakan menguasai hati saya. Dan saya amat memegang, makanan yang dimasak dengan ikhlas, mood yang baik, dan yang penting orang yang memasak itu menjaga solat dan adabnya, Insya Allah..mengalirlah segala kebaikkan dalam makanan dan aliran itu akan bersambung kepada orang lain dan menjadi darah dagingnya. Berjaga-jaga dengan masakan dan makanan. Setiap kali ke kedai..saya perhatikan segala yang berkait...dan deria keenam sentiasa membantu menguatkan pilihan saya. Alhamdulillah, anugerah yang tidak ternilai yang Allah berikan. Alhamdulillah.

Dia sahabat yang membantu saya berangan-angan

Tapi, saya pernah berangan mempunyai rancangan masakan saya sendiri." Ceria di dapur bersama Sarah" =)

Baru-baru ini, sahabat saya dalam proses melatih dirinya mendekati masakan. Dan saya sangat menyokong 100% usahanya. Teruja malah sangat gembira dengan aktivitinya kini. Satu malam, dia menconteng dinding FaceBook saya...menjadikan saya berangan-angan dan memberi harapan yang indah...iaitu..dia membayangkan satu hari nanti, dia akan menyelak buku resepi yang akan ditulis oleh saya. Bagi saya itu bukanlah satu yang mustahil. Malah, syarikat penerbitan semakin banyak. Tetapi, saya kurang yakin dengan diri saya. Apakah kelainan yang saya boleh bagi dalam buku saya tu... dan saya masih berangan-angan. Oh ye, angan-angan saya bukan angan-angan mat jenin..tapi angan-angan yang akan dicapai dalam masa setahun. Itu "benchmark" yang saya letak dalam berangan-angan. ( Tinggi jugak angan-angan aku ni)

Kadangkala, saya membayangkan buku resepi saya seperti jurnal akademik. haiyaaa. Macam mana boleh keluar bayangan itu? hehe.

Apapun, kini saya sudah mula berangan...oh ye, saya pernah menulis draft buku resepi saya... dan draft tu saya sorok di mana ntah... dan tinggal draft kerana kurang semangat. Susah juga saya ni, kena ada semangat, baru jalan...semangat positif . Insya Allah, saya usahakan angan-angan saya kali ini... buku resepi saya... "Resepi saya resepi anda juga"

jauh di sudut hati : artikel akademik kena selesaikan dulu..baru boleh berangan-angan berlebihan.

Comments

farhan jamil said…
jom kt bekerja sama. anda masak. sy hias n amik gmba huhu=))

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …