Skip to main content

Bolognese Saya

Atas permintaan sahabat saya, saya kongsikan resepi Bolognise ni. Sebenarnya, saya mendapat asas resepi ini semasa mendengar slot Di dapur di Radio IKIM.fm bersama Dj Fairuz dan Master Chef Sabri ( tak silap saya) ...dah lama dah saya dengar slot ni, masa tahun 2009. Saya hanya menghafal resepi tu kerana sedang memandu ke UKM. Jadi dari segi ketepatan mengikuti resepi Master Chef tu pasti kurang..maka ada antara nya mengikut kesesuaian saya. Hingga kini, Alhamdulillah...saya mempunyai peminat Bolognese saya! dan saya kongsikan bersama anda. Selamat memasak!




Untuk 500 g speghetti :


1 Paket Speghetti
3 biji bawang besar (kisar)
2 ulas bwang putih (kisar)
2 botol Sos Speghetti - biasanya saya guna Kimball. Jika jenama lain, Tuan Puan kena ubahsuai mengikut selera anda.
5 sudu besar Sos Cili - jenama Kimball
2 1/2 sudu Besar Sos Tomato - jenama Kimball juga
250 g Daging cincang
garam
serbuk stok ayam
Lada hitam
Oregano

Cara-cara memasak:

Speghetti dimasak mengikut arahan yang terdapat bungkusannya.
Bawang -bawang yang telah dikisar tadi ditumis hingga naik bau dan garing.
Masukkan sos speghetti, kacau rata, masukkan sos cili dan sos tomato, kacau hingga pekat.
Perasakan dengan garam dan serbuk stok ayam.
Masukkan daging cincang...kacau ..hingga daging masak.
Taburkan lada hitam mengikut kegemaran anda dan juga oregano.
Kacau , padam api, dan boleh hidang. hiaskan dengan sedikit daun parsley.

PERINGATAN: sebelum masukkan garam yang berlebihan dan stok ayam, sila RASA dulu.

Comments

Anonymous said…
sarah tq! sy nk mencuba.baru duk cr resipi nie..ehee.!
Sarah Azizul said…
hehe.silakan. saya amat mengalu-alukan. -hantar kat saya lagi saya alu-alukan.-
Anonymous said…
nnt dh buat sy upload lam fb ok! :))

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Bubur Lambuk

Entri kali ini saya coretkan atas permintaan beberapa orang sahabat. Rasa baru je update blog sebelum ni..tapi takde masalah pun. Perkongsian adalah satu mahabbah.

Resepi bubur lambuk ni, mula-mula mohon maaf lah ye..anda perlu membuat kira-kira sendiri. Sebab saya tak bagi nisbah atau jumlah tertentu yang jelas. Pertama, kerana membuat bubur lambuk setahun sekali..kadangkala dua kali setahun. Kedua, setiap kali membuatnya memang masak untuk jumlah yang banyak. Jadi banyak guna nisbah untuk memasak bubur lambuk ni.

fuh! macam payah je..tapi jangan risau, rasanya SIOK sekali. =)

Resepi bubur lambuk

1 beras : 8 air
5 kg beras : 1 kg santan : 1 kg daging : 20 biji bawang besar
rempah sup + rempah kurma = 250 g
Stok ayam
garam
lada hitam ( jika minat)
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya : masak beras dengan air dulu. Masak sehingga nasi menjadi hancur. jika menggunakan daging lembu sebagai rencah, masakkan daging lembu sekali bersama beras. Setelah nasi menjadi hancur, barulah masukkan santan, bawa…