Skip to main content

yummy Cabonara Seafood - melayu-


Sumber gambar hiasan : carbonara

Dah lama tak menulis tentang resepi...kali ini saya nak kongsi satu resepi masakan Speghetti yang telah saya ubahsuai agar rasanya Asia tapi masih kekalkan ciri Itali. oh. Sukanya saya! . Yang bertambah rajin nak masak Cabonara Seafood ni kerana atas permintaan Best Friend saya... dia memang sangat suka makan speghetti..dan antara yang dia suka cabonara lah. Baru-baru ni, sebagai hadiah membantu saya dan mak, saya telah masakkan makanan ikut permintaannya... dan saya kongsikan bersama anda. Selamat menikmati. =)



Resepi ini untuk satu bungkus speghetti ( 500g)

bahan-bahannya:

1 paket spaghetti
3 ulas bawang putih (kisar)
3 biji bawang besar (kisar)
150 g campuran seafood (udang, sotong atau kerang) yang telah masak/rebus - ikut minat anda -
Oregano
50 g Cheddar Cheese
1 tin krim pekat (saiz 120-170 g tak silap.)
2 sudu tepung
2 cawan air stock ayam ( bancuh 1 sudu stock ayam dengan 2 cawan air)
Lada hitam secukupnya ( campak ikut suka)
Garam secukup rasa
2 sudu Minyak masak

Cara-cara memasak Speghetti Cabonara Seafood:

Masak speghetti ikut arahan pada paketnya.
Tumis bawang putih dan bawang besar ( bawang-bawang tersebut dikisar bersama) sehingga naik bau.
Masukkan oregano, tepung dan air stock ayam. ( supaya tak berketul..masukkan tepung dulu, kacau, kemudian baru masukkan air stock).
Selepas itu, masukkan makanan laut a.k.a seafood.
Selepas itu, krim pekat dan cheese. renihkan selama 10 minit... kacau-kacau juga supaya tak hangit. Perasakan dengan garam dan lada hitam ikut citarasa anda.
Siap sudah. Boleh campurkan speghetti bersama atau hidang asing-asing mengikut kegemaran anda.


Comments

mrs cekodok said…
wah~~ mmg kegemaran mr cekodok ni...will try this recipe later~ tq sarah 4 sharing!~ ^_^
Sarah Azizul said…
sila - sila mrs cekodok. Selamat memasak dan menikmati kegembiraannya. =)
Wada Adam said…
Sarah. ..
sedapnye cabonara ni..balik nnt nk try la ;) thanks sbb ajar kat blog sarah ni :)

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …