Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

3 hari 2 malam: Kota Kinabalu, Sabah (II)

Firman Allah taala yang bermaksud "iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri,duduk atau berbaring dan mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"Wahai Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksaan api neraka".(ali imran:191)

Apabila saya merancang untuk memulakan satu pengembaraan atau percutian, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya, niat pengembaraan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat ke 191 di atas, saya berdoa agar Allah izinkan saya mengembara ke buminya yang cukup luas ini agar saya sentiasa besryukur dan bermuhasabah untuk meningkatkan iman dan takwa sebagai persediaan di akhirat kelak. Alhamdulillah, Allah izinkan. pengembaraan kali ini Kota Kinabalu, Sabah dan lebih bermakna hampir setiap ahli keluarga saya bersama-sama dalam pengembaraan ini.

3 hari 2 malam: Kota Kinabalu, Sabah

Tahun 2010, bulan Ogos, dua minggu sebelum Ramadhan, kami keluarga Zaisara telah membuka gerai makan sempena pesta konvokesyen UKM 2010 dengan kerjasama PERTAMA (Persatuan Mahasiswa FTSM UKM). Usai aktiviti gerai tersebut, jualan tiket kapal terbang tambang murah berlangsung. Mak dan abah berbincang, untuk mengadakan aktiviti keluarga ke Sabah memandangkan yang dah pergi ke Sabah hanya saya, mak dan abah. Maka kami terus membeli tiket untuk perjalanan bulan 4 2011. Setengah tahun jugak kami merancang untuk aktiviti keluarga ini. Malah aktiviti pengembaraan kali ini turut disertai oleh beberapa orang pelajar FTSM UKM dan juga kawan-kawan abah dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Semuanya 27 orang...seminggu sebelum bertolak, berkurangan tiga orang. Maka, Kembara Keluarga Di Bawah Bayu disertai 24 orang. Bermulalah perjalanan kami jam 6.30 pagi, 3 April 2011 hingga 12.30 malam,5 April 2011.Inilah kembara keluarga 3 hari 2 malam:Kota Kinabalu, Sabah. Bermula dari Kota Kinabalu - Kundasang- …

Cantiknya rumah kayu!

hai awak! ini rumah saya =)

Saya melihat rumah kayu ini di Kedai-kedai Perabot yang terletak di sebelah kiri menghala ke Kuala Lumpur dari Sg Besi. Kurang pasti nama sebenar kawasan tu, tapi bila anda menyusuri lebuhraya utara selatan, selepas Tol Sungai Besi ke Utara, anda akan perasan ada lot-lot kedai menjual perabot di sebelah kiri.Sudah lama makcik saya menyatakan hasratnya untuk melihat rumah kayu ini..selepas abangnya, juga pakcik saya ..telah berjaya melawat dan melihat rumah kayu ini. Maka, beberapa hari lepas, kami mengambil peluang yang ada untuk melihat rumah kayu ini dengan lebih dekat.