Skip to main content

3 hari 2 malam: Kota Kinabalu, Sabah (II)

Firman Allah taala yang bermaksud "iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri,duduk atau berbaring dan mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"Wahai Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksaan api neraka".(ali imran:191)

Apabila saya merancang untuk memulakan satu pengembaraan atau percutian, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya, niat pengembaraan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat ke 191 di atas, saya berdoa agar Allah izinkan saya mengembara ke buminya yang cukup luas ini agar saya sentiasa besryukur dan bermuhasabah untuk meningkatkan iman dan takwa sebagai persediaan di akhirat kelak. Alhamdulillah, Allah izinkan. pengembaraan kali ini Kota Kinabalu, Sabah dan lebih bermakna hampir setiap ahli keluarga saya bersama-sama dalam pengembaraan ini.

Bersambung hari kedua perjalanan.

4 April 2011 ( Isnin, hari kedua)

Semasa melepasi imigresen, sempat pegawainya bertanya, bercuti di waktu kerja? jawab saya, murah kosnya berbanding hujung minggu. Tersenyum sahaja pegawai tu dan saya juga tersenyum. Alhamdulillah, tuhan izinkan kami bercuti malah memudahkan.

Malam pertama, menginap di Kiram's Village, Kundasang, satu pengalaman buat seluruh ahli kembara..sejuk sungguh. dan malam itu hujan turun renyai-renyai membasahkan bumi Allah. Bertambah sejuklah masing-masing. malah ahli keluarga saya siap memakai winter coat. Kata adik saya, merasa lah dulu sebelum mengalami kesejukkan tahap negatif. Selesai bergambar di Kiram's Village, kami meneruskan perjalanan ke kota Kinabalu. Hari ini, rancangan utama kami ialah snorkeling di Pulau Manukan dan menikmati makan malam seafood yang segar di Pasar Filipine. Semasa menuruni gunung atau bukit (kurang pasti) ..kami singgah sebentar di ladang lembu. Sangat mengujakan..menikmati suasana ladang lembu yang cantik macam di New Zealand rasanya. Rasanya lah kan. =) Selesai bergambar perjalanan di teruskan. Seingat saya, semasa hendak ke Kundasang, rasa seperti sangat jauh...kata mak, kita belum bagi salam pada pokok, hutan, batu...jadi bila balik, jadi cepatlah, sebab kita dah bagi salam pada mereka semasa datang semalam. Itu opah saya punya petua.


Suasana di ladang lembu, Kundasang. (maaf saya tak ingat namanya)

Tiba sahaja di Jesselton Point, terus ke kaunter untuk menyemak harga. Kami telah dipesan membawa Kad Matrik untuk mendapat harga murah dan saya juga telah membuat sikit kajian tentang harga-harga pulau dan aktiviti snorkeling. Kami memilih pulau Manukan dan hanya satu pulau sahaja memandangkan ahli rombongan agak ramai, takut tak sempat nak ke pulau lain. Selain itu, status pelajar kami menjelaskan kedudukan kewangan kami. =)

Bot : satu kepala RM 14 (pelajar) RM15 (dewasa)
Satu Pulau : satu kepala RM 14 (pelajar) RM15 (dewasa)
Cukai jeti : satu kepala RM 3.60 ( pelajar ) RM 7.20 ( dewasa)

Kami ada 13 pelajar dan 4 dewasa..malangnya, 3 pelajar tiada kad id pelajar kerana sekolah rendah dan menengah. Sekolah depa pun tak buatkan kad tu. Masa urusan tiket di kaunter agak mudah..tapi problem sikit di kaunter cukai. Maka, saya menggunakan segala kemahiran bercakap yang saya ada dan saya berjaya mendapatkan harga pelajar untuk 3 org pelajar yang tiada kad id itu. Tersenyum pegawai tu melihat saya...nnt datang lagi ya ba, Insya Allah, semoga Tuhan izinkan.

Maka, bermulalah perjalanan yang mencabar bagi beberapa orang peserta kembara. Kami menaiki bot bergerak ke Pulau Manukan. Sekali, angin bertiup kuat..bot terpaksa meredah, terlambung-lambung kami dibuatnya. Air masuk dalam bot dan simbah ke muka tu memang dah tentu lah. Yang melambung-lambung ni tak tahan...masing-masing dah lah kurus-kurus..memang melambung lah. Macam naik Roller Coaster. Fuh, pengalaman.

Tiba di Pulau Manukan, Yeaaaa. Alhamdulillah. Indahnya ciptaan Allah. bayar lagi RM 3 seorang untuk dewasa dan RM 1 untuk budak sekolah...dan kami terus menikmati keindahaan dalam laut. Seronoknya tak terkata...melihat kumpulan-kumpulan ikan berenang-berenang di sekitar kita. Susah nak gambar dengan ayat... saya syorkan anda alaminya sendiri. Pasti bermakna.

Pulau Manukan...=)

Malamnya pula kami menginap di Hotel Tabung Haji, terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri. Belanja kami sepanjang program merangkumi pengangkutan dan penginapan hotel untuk 2 malam, seorang lebih kurang RM 150. tapi perkiraan ini untuk kumpulan yang lebih dari 24 orang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semoga Allah mengizinkan saya menyapa Kinabalu lagi selepas ini. =)

Comments

Anonymous said…
harga bot dgn harga pulau 2 len2 ke @ skali jaln RM 14(PELAJAR)..NAK PG PULAU MANUKAN JE..

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …