Tuesday, April 5, 2011

3 hari 2 malam: Kota Kinabalu, Sabah

Tahun 2010, bulan Ogos, dua minggu sebelum Ramadhan, kami keluarga Zaisara telah membuka gerai makan sempena pesta konvokesyen UKM 2010 dengan kerjasama PERTAMA (Persatuan Mahasiswa FTSM UKM). Usai aktiviti gerai tersebut, jualan tiket kapal terbang tambang murah berlangsung. Mak dan abah berbincang, untuk mengadakan aktiviti keluarga ke Sabah memandangkan yang dah pergi ke Sabah hanya saya, mak dan abah. Maka kami terus membeli tiket untuk perjalanan bulan 4 2011. Setengah tahun jugak kami merancang untuk aktiviti keluarga ini. Malah aktiviti pengembaraan kali ini turut disertai oleh beberapa orang pelajar FTSM UKM dan juga kawan-kawan abah dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Semuanya 27 orang...seminggu sebelum bertolak, berkurangan tiga orang. Maka, Kembara Keluarga Di Bawah Bayu disertai 24 orang. Bermulalah perjalanan kami jam 6.30 pagi, 3 April 2011 hingga 12.30 malam,5 April 2011.Inilah kembara keluarga 3 hari 2 malam:Kota Kinabalu, Sabah. Bermula dari Kota Kinabalu - Kundasang- Ranau-Pulau Manukan- Kuala Lumpur.


3 April 2011 ( Ahad, hari pertama)

Memandangkan jumlah ahli keluarga saya 10 orang, jualan tiket kapal terbang tambang murah sentiasa disemak untuk mendapatkan tiket dengan harga yang berpatutan. Pengembaraan kali ini, pukul rata harga tiket seorang pergi balik ke Kota Kinabalu (K.K) lebih kurang RM 200.00 . Dan juga memandangkan para peserta semuanya duit cukup-cukup makan, maka, saya dan mak telah menyusun jadual dan perbelanjaan yang berpatutan pada masa sama dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Penerbangan kami bermula jam 7.00 pagi dan 8.00 pagi. Tiba di KKIA ( Kota Kinabalu International Airport) lebih kurang jam 10.30 pagi. Kami sewa 1 Wira, 1 Waja, dan 2 Unser. Setelah mendapat kereta- kereta sewa tersebut, bermulalah perjalanan kami. Yee haa. Pagi itu, kami ke Gaya Street. Keluarga saya tidak lama sangat di situ kerana misi utama kami di Kundasang dan ranau. Alang-alang datang ke K.K, perlu menyapa Gunung Kinabalu. Dan malam pertama, kami menginap di Kundasang.

Makan tengah hari dan solat Zuhur di UMS, usai solat, kami bergerak ke Kundasang. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Tiba di Kundasang, kami terus ke Ranau. Orang Sabah di Semenanjung mencadangkan kepada kami bersiar-siar di Poring Hot Springs dan juga Sg Tagal. Di Poring, kami berendam kaki dalam air panas , bersiar-siar menikmati alam dan mestilah bergambar. hehe. jam pada waktu itu sudah menunjukkan jam 5 ptg...kami (kereta saya) berbincang perlu ke Sg Tagal atau tidak..masa yang diambil dari Poring ke Sg Tagal lebih kurang 20 minit. Sg Tagal tutup jam 6 ptg. Selepas bincang-bincang, terus juga ke Sg Tagal. Kata abah, kita tengok dulu. Kalau tutup, kita balik, kalau buka, kita masuk. Alhamdulillah, rezeki kami, Sg Tagal masih di buka. maklumat tentang Poring Hot Springs dan Sg Tagal boleh lihat disini.

Seronok berendam kaki dalam air panas. Husna dan Fathiah kegelian yang teramat kaki digigit ikan. Saya dicuit ikan dah melompat ke tepi..Abah paling hebat..Mak memang bertahan..Harmaini sangat frust tak dapat ke Sg Tagal ( tapi korang pergi Kinabalu Park!)..Aimi dan Asif menahan geli juga. Arfan sangat seram kerana hanya ikan besar yang nak kat dia ..yang kecik taknak. Hahahaha

Malamnya pula, kami menginap di Kiram's Village. Kiram's Village berada di paras 6000 kaki dari paras laut. Separuh dari ketinggian Gunung Kinabalu. (sumber: en Jamalul, pemilik Kiram's Village) ...sangat sejuk dan sangat cantik! .Sebelum itu, selepas pulang dari Sg Tagal, kami makan malam di tepi Sungai Liwagu. Lebih kurang jam 7 malam, kami bergerak ke Kiram's Village. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Memanjat gunung di malam hari. Jenuh jugak abah memandu...dan abah bertanya, macam mana korang boleh tempah chalet atas gunung? ..jawab kami, alang-alang nak tengaok gunung..kita tidur di gunung. Yang sebenarnya, saya pun tak sangka jalan begitu mencabar. Seingat saya jalan ke situ tidaklah 45 darjah..tetapi malam itu...Fuh! Abah hanya bermain dengan gear 1 dan 2..banyaknya menggunakan gear 1. Syukurlah kereta manual. Harmaini bawa kereta Auto..komen dia, jenuh, jenuh. Belasah ajalah. Lagipun hari sudah malam, gelap pulak tu, memang tak nampaklah jalan gunung ganang. Tahun lepas saya pernah datang, tapi tidak tidur..dan siang. Bila malam, penuh cabaran rupanya. Ulas makcik saya, kalau kami ni Sarah, tak de lah nak naik ke atas ni. Kerana korang, merasa lah naik atas ni. Alhamdulillah semua selamat (walaupun abah masih berdebar) ...dan sangat puas hati. rumahnya yang cantik damai dan tenang. Semua dah penat...sampai je..masuk -masuk rumah, tidur. Semua rumah yang ada di Kiram's Village, semua saya tempah. hehe. Puas hati. sungguh puas. - Harmaini dan saya berbincang untuk membeli kereta di Sabah, supaya mudah kami nak ke mana-mana. Kira-punya kira, kita sewa je lah-


Inilah Kiram's Village. Sangat sejuk dan nyaman. cantik kan? Sempat kami bergambar sekeluarga..Aqim je takde. Dia di Johor. Di Kiram's Village ada juga dapur dan sangat selesa. tapi kami tak sempat masak. Pengembaraan yang padat. =)

Ok..ini untuk hari pertama. Nanti saya sambung hari kedua pula. Oh!. hari kedua sangat mengujakan. Kami ke Pulau Manukan. Serius! sangat cantik..ikan lalu di tepi muka saya je. sebelum nak ke pulau..naik Bot lah kan..dan kami menempuh laut dengan penuh debaran...dilambung -lambung..kerana angin kuat. Tak boleh cerita banyak-banyak..nanti saya cerita di post seterusnya!

Peringatan: 1. Bila ke sabah dan Sarawak, simpan kertas imigresen bagi semasa di Airport.
2. Bawa juga bekalan makanan untuk perjalanan dalam kereta.
3. Bagi yang Islam, berhati-hati semasa memilih kedai makan.

1 comment:

Anonymous said...

nk jgk ke sabah bah!!! haish..