Friday, April 1, 2011

Cantiknya rumah kayu!


hai awak! ini rumah saya =)

Saya melihat rumah kayu ini di Kedai-kedai Perabot yang terletak di sebelah kiri menghala ke Kuala Lumpur dari Sg Besi. Kurang pasti nama sebenar kawasan tu, tapi bila anda menyusuri lebuhraya utara selatan, selepas Tol Sungai Besi ke Utara, anda akan perasan ada lot-lot kedai menjual perabot di sebelah kiri.Sudah lama makcik saya menyatakan hasratnya untuk melihat rumah kayu ini..selepas abangnya, juga pakcik saya ..telah berjaya melawat dan melihat rumah kayu ini. Maka, beberapa hari lepas, kami mengambil peluang yang ada untuk melihat rumah kayu ini dengan lebih dekat.

Dan, saya jatuh cinta pandangan pertama. OHHHHHHH. Cantiknya!. Dan terus memasang angan-angan...

" Ada tanah mak yang di kampung tu atas bukit tak silap...dan ia adalah dusun buah. Beli rumah ni dan letak kat dusun tu...oh. Bestnya. Terasa sangat indah dan nyaman...bahagia! Eh, tukar-tukar...beli tanah kat kaki bukit, macam di Cameron Highlands...kemudian buat rumah kayu ni. Oh! syoknya!"

Angan-angan kan? dan angan-angan boleh menjadi kenyataan.


Pandangan rumah dari sudut depan

Rumah kayu ni, buatannya sangat kemas. Rumah yang saya tengok tu ada dua bilik..satu atas, satu bawah. Ada satu ruang tamu, satu dapur dan satu bilik air... boleh memuatkan 3 - 4 orang satu rumah.

Pandangan rumah dari sisi

Harga rumah yang saya lihat ni..RM 270 ribu. Jika anda nak rumah 2 tingkat, 3 tingkat dan 4 tingkat pun boleh. Tak silap saya...4 tingkat paling tinggi dan besar. Ada juga Gendola...(betul ke?) cantik dan kemas..Gendola yang saya tengok ada medium size dan small size.. Small size tu harganya RM 20 K.




Okeylah..sudah puas hati dapat tengok rumah kayu ni dekat-dekat. Lepas ni, mari mencari duit untuk membeli rumah kayu... tak pun..mari membina rumah kayu sendiri.

3 comments:

mrs cekodok said...

wah cantiknye rmh kayu ni sarah.msti sejuk n nyaman je kn.skg ni musim panas mmg ssuai la duk dlm rmh kayu mcm tu.hehe.tapi mahal sgt la sarah.270k! bole bli apartment kt KL.hehe

Sarah Azizul said...

bukan setakat beli apartment je huda. boleh beli sebijik rumah dua tingkat lagi. hahahaha.

Nawal said...

Sarah! Nawal ni!!! Wahhhh...saya tgh menyelongkar google utk cari info camno nak beli rumah kayu, ttbe jumpa blog awak! Waaaaaahhhh...hehehehe...saya nak beli tanah kat kl ni n cadang nak bina rumah kayu atas tanah tu.(memandangkan harga rumah skrg semakin merepek-repek, maka cadang nak bina je rumah sendiri)sarah, kat mana nak beli rumah kayu ni?