sudah mula sedingin angin, sebeku tasik
Sudah beberapa tahun, diikuti bulan rapatnya persahabatan kami. Beberapa bulan dahulu... kami dekat. Boleh saya katakan akrab. walaupun hanya hubungan kerja. sekali sekala, kami keluar bersama, berkongsi cerita dan idea, bertukar fikiran dan maklumat. Mengusik dan bergelak ketawa..kadangkala di alam maya. Itulah namanya ukhuwwah dan sahabat.
Selang beberapa minggu, entah kenapa...kami semakin jauh. Saya terasa jauhnya...dan sangat jauh.Khabarnya kurang...sembangnya sehala. sembangnya tiada pembuka khabar...malah dingin umpama air yang beku. Bila kejauhan ini mula terasa, saya sedar, kami akan berjauhan dengan seseorang. Hati mula terasa pilu.
Saya pernah mengalaminya sebelum ini. seorang sahabat yang bagi saya pemimpin yang berjiwa besar. Suatu ketika, dia menjauhkan dirinya...senyap tanpa berita. Dan saya mula merasakan kejauhan pada waktu itu. Tidak lama perasaan kejauhan itu, sms bertanya khabar akhirnya menerpa...dan jemputan ke majlis akad nikahnya. Oh Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, Kau berikan dia teman hidup yang dia impikan, yang sering dia ceritakan padaku, yang membantu dia dalam perjuangan agama Mu. Gembira tak terkata, cuma saya tidak dapat menghadirkan diri ke akad nikahnya. Tidak saya sangka ...rupanya perasaan jauh itu benar - benar jauh....dia semakin menjauh. Hingga kini, hati ini masih tercalit luka.
Kini, saya bakal menempuhinya sekali lagi. Perasaan jauh itu semakin kuat. Ya Allah, jangan biarkan ukhuwwah kami terputus kerana cinta manusia. Kukuhkan ukhuwwah kami kerana cinta Mu Rabbi.
Buat sahabat, biar apa yang berlaku, kami sentiasa menyokongmu. Sentiasa menghargaimu. Sentiasa mendoakan mu. Doa dari mu juga kami harapkan. semoga kami terus utuh dalam medan perjuangan.
- Pilu sungguh rasa ...-
0 komentar:
Post a Comment